Thursday, December 20, 2018

Sambut Krismas dengan Hi-Tea Istimewa di Hotel Summit Subang USJ

Assalammualaikum

Menjelang hujung tahun ni, pelbagai tawaran Hi-Tea yang ditawarkan yang bukan sahaja menggamit selera.. tetapi juga mengecurkan air liur tatkala melibat tawaran harga dan menu yang enak-enak.

Dengan tawaran harga istimewa serendah RM55 (dewasa) dan RM38 (kanak-kanak), pastinya korang tertanya-tanya, apakah menu yang disediakan untuk Hi-Tea Istimewa ni.


Keknil masih teringat-ingat lagi keenakan menu Hi-Tea di Oceania Buffet Restaurant sempena sambutan Krismas yang dihidangkan di Hotel Summit Subang USJ. Memang sedap dan kena dengan selera Keknil Bukan itu sahaja, pilihan menu yang pelbagai dari nasi goreng sehinggalah ke pencuci mulut, semuanya sedap sehingga sengkak perut menikmatinya.


Pastinya tidak lengkap sambutan Krismas tanpa Ayam Belanda Panggang. Selain itu menu pilihan chef seperti Lamb of Leg, Beef Striplion dan Mashed Potatoes with Cheese. Yang lagi mengujakan adalah dengan hidangan Fresh Seafood on Ice, Pasta Stations dengan pelbagai pilihan pasta dan Manisan Krismas yang pastinya menjadi pilihan anak-anak.

Ayam Belanda Panggang

Fresh Seafood on Ice

Korang tengok la sendiri menu yang terhidang. Tak menang tangan nak menikmati semua. Nyumsssss...
  
Deep Fried Fish Finger

Butter Oats Prawn

Stir Fried Long Bean Kam Heong Style

Meatball with Cheese

Pilihan nasi goreng dan mee goreng

Nasi Halba

Dah puas makan ni.. jangan lupa rasa menu dessert dia. Sangat recommended dan semuanya sangat sedap. 

Desserts

Desserts

Menariknya di sini, walaupun semua pelusuk tempat penuh dengan makanan, tetapi para tetamu masih dapat makan dengan selesa dengan ruang makan yang sangat luas. Jadi tak perlu berhimpit-himpit ketika makan dan masih boleh menikmati hidangan dengan selesa tanpa gangguan. Sempena promosi Hi-Tea Krismas ini, korang juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari penghibur yang dijemput khas dan tidak dilupakan badut untuk meraikan kanak-kanak.

Ruang makan yang luas dan selesa

Laksa Johor



Penuh pinggan


Korang yang ingin menikmati hidangan Hi-Tea di Hotel Summit Subang USJ, boleh membuat tempahan dengan tawaran harga pada masa dan waktu seperti tertera.

Alamat :
Oceania Buffet Restaurant
Summit Hotel Subang USJ

Tarikh Promosi: 

22 Disember 2018 - 1 Januari 2019

Masa : 
12.00 tengahari - 4.00 petang

Harga :
RM38 (kanak-kanak)

RM55 (dewasa)

No Telefon untuk tempahan : 03-8023 3000 ext 3021

Jemput makan


till then, tatababai

7 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^