Wednesday, January 9, 2019

Auspicious Meals Sempena Tahun Baru Cina di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Pejam celik.. pejam celik.. sekejapan dah masuk tahun baru 2019. Tanpa sedar, umur pun makin meningkat dan setiap saat yang dilalui itu menjadi begitu berharga. Tahun baru bukan sahaja diraikan untuk meraikan kehadiran tahun baru, tetapi juga sebagai simbolik yang untuk kaum keluarga berkumpul beramai-ramai serta dapat mengeratkan hubungan dan menikmati detik-detik indah bersama orang tersayang.


Bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina yang akan bermula pada 5 Januari 2019 nanti, Grand Blue Wave Hotel Shah Alam telah memperkenalkan menu untuk perayaan tersebut iaitu Halal Auspicious Yee Sang, Poon Choy Set dan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick. Menu-menu yang sedap ini boleh dinikmati di Tung Yuen Restaurant, Aras 1 bermula dari 15 Januari 2019 sehingga 28 Februari 2019 bermula dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk makan tengahari manakala makan malam bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.


Auspicious Yee Sang, sejenis pembuka selera yang wajib ada semasa Tahun Baru Cina. Korang boleh memilih dari empat pilihan mewah iaitu Yee Sang dengan Abalone yang dihiris dan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan Salmon, Yee Sang dengan Ikan dan Sayuran Tuna Yee Sang. Harga bagi set ini bermula dari RM40.00+


Antara hidangan lain yang wajib ada semasa sambutan Tahun Baru Lunar ialah Poon Choy Set yang merupakan hidangan tradisional Cina yang menjadi kebiasaan di China dan dihidangkan dalam kayu besar, porselin atau peti logam. Terdapat 2 set iaitu Set A yang berharga dari RM988.00+ dan Set B yang berharga dari RM1288.00+ sesuai untuk 10 orang. Bagi yang ingin menikmati hidangan Poon Choy Set tetapi tidak berkesempatan untuk menikmatinya di hotel, tak perlu risau kerana korang boleh mendapatkan Special Take Away Prosperity Pot "Poon Choy" dengan harga RM680.00+ (termasuk Pot Stainless Steel) dan korang boleh menikmatinya di rumah bersama keluarga tercinta.








Bagi melengkapkan sambutan tahun Baru Cinta, pihak hotel turut menyediakan Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu yang sesuai untuk seisi keluarga, perjumpaan syarikat atau reunion / gathering bersama rakan-rakan mahupun rakan perniagaan. Terdapat 4 set menu iaitu Auspicious Good Luck yang berharga dari RM1088.00+, Joyfull Reunion yang berharga dari RM1288.00+ dan Auspicious Good Health yang berharga dari RM1488.00+. Ketiga-tiga menu ini sesuai dimakan untuk 10 orang. Bagi yang hadir kurang dari 10 orang tidak perlu risau kerana korang boleh menikmati Super Value Auspicious Good Health dengan harga RM898.00+ sesuai untuk 6 orang.


Harga Set : 
Auspicious Yee Sang | RM40.00nett

Golden Prosperity CNY Set Menu
Auspicious Good Luck | RM1088.00+ | 10 orang
Joyful Reunion | RM1288.00+ | 10 orang
Auspicious Good Health | RM1488.00 | 10 orang
Super Value Auspicious Good Health | RM898.00+ | 6 orang

Poon Choy Set A| RM1288.00+ 
Poon Choy Set B | RM988.00+

Special Takeaway Posperity Pot | RM680.00+ (termasuk stainless steel pot)

Masa : 11.30 pagi - 2.30 petang (makan tengahari)
6.30 petang - 10.30 malam (makan malam)

Tempoh : 15 Januari 2019 - 28 Februari 2019

Semua harga tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari;

Laman Web : http://www.bluewavehotels.com/
Tempahan : 03-55118811 ext. 2616 (Tung Yuen Restaurant)





till then, tatababai

2 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^