Thursday, February 28, 2019

Jom terbang ke London ! Bersama Cathay Pacific

Assalammualaikum

Kebiasaannya bila Keknil travel, mesti Keknil akan rancang percutian sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh percutian. Tapi kadangkala terbabas juga, esok nak travel, hari ni baru beli tiket. Hahaha..

Walaupun belum habis lagi negara Asia ni Keknil explore, tapi rasa teringin untuk menjelajah ke negara Eropah tu tetap ada. Rasanya bukan Keknil sahaja yang ada perasaan macam tu kan. Maklumlah. Dunia ni kan luas, jadinya seboleh-bolehnya dan selagi ada kesempatan, mesti la kita nak explore kan. ^_^



Korang mesti pernah dengan penerbangan Cathay Pacific. Ala.. syarikat penerbangan kebangsaan untuk Hong Kong tu. Tapi jangan tak tau, walaupun ia syarikat penerbangan kebangsaan untuk Hong Kong tapi ia tetap menjelajah dari Malaysia sehinggalah ke Eropah tau. Dan ini adalah antara syarikat penerbangan yang Keknil teringin nak terbang bersama suatu hari nanti. Terkenal dengan petikan falsafah "Esse Quam Videri" atau dalam Bahasa Inggerisnya "To be, rather than to seem to be", Cathay Pacific sangatlah komited dalam memastikan setiap sen yang dikeluarkan oleh penumpang berbaloi-baloi dengan kualiti perkhidmatan dari sebelum berlepas sehinggalah ketibaan penumpang di destinasi pilihan.

Keknil pun tengah dok usha-usha Cathay Pacific Malaysia untuk trip Keknil tahun depan.. Ehem.. Kemanakah? Hehhee.. Tunggu ye.. Berangan dulu ni.. Sebab sedang menabung lagi untuk trip tersebut. Hahahaa..

Keknil juga ada baca banyak review yang bagus-bagus berkenaan Cathay Pacific ni jadi ini adalah antara satu faktor kenapa syarikat penerbangan ini menjadi pilihan untuk Keknil terbang bersama. Mau tidaknya, kalau dah tempoh penerbangan yang panjang, of course la flight entertainment antara perkara yang perlu Keknil ambil kira untuk keselesaan Keknil kan. Contoh kalau Keknil ambil flights to London.. takde pulak entertainment, mau mereput 12 jam dalam kapal terbang. Hahah.. Makan tidur, makan tidur je la nampaknya. Hahaa.. Tapi dengan Cathay Pacific yang menawarkan pelbagai hiburan dalma kapal terbang dari koleksi filem yang terkini, siri televisyen, muzik dan permainan. Perghh.. memang tak bosan la Keknil sepanjang perjalanan Keknil nanti.

Selain dari flight entertainment ni, hidangan dalam kapal terbang juga sangatlah memainkan peranan untuk menjaga mood yang baik sepanjang penerbangan. Pelbagai pilihan menu antaranya masakan antarabangsa, hidangan istimewa komtemporari Asia atau hidangan ringan dan pastinya sihat yang direka khas oleh chef selebriti terkenal mengikut route pilihan. Bagi yang muslim, jangan risau, Muslim Meals turut disediakan dan korang boleh request dengan syarikat penerbangan beberapa hari sebelum tarikh penerbangan. Make sure tempah awal tau. ^_^

So, kalau korang ada perancangan untuk terbang ke London, jangan lupa ajak Keknil dan kita boleh tempah penerbangan Cathay Pacific bersama. The more the merrier. ^_^

till then, tatababai

2 comments:

  1. SA pun mengidam nak naik Cathay Pacific..KLM dah pernah naik..MH dah, AA pun dah..Malindo blom rasanya,FF dah...best la kalau Anil nak pi Eropah...gigih simpan duit tu kan...

    ReplyDelete
  2. nk terbang juga, kena kumpul duit dulu gamaknya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^