Tuesday, March 5, 2019

Citarasa Nostalgia Sepanjang Ramadhan di Summit Hotel USJ

Assalammualaikum

Ramadhan bakal menjelma. Rasa tak sabar nak sambut Ramadhan kali ini yang penuh makna. Ye la.. Bukan selalu ianya datang. Jadi dalam setahun tu, mesti ada rasa teruja nak sambut kehadiran Ramadhan Al- Mubarak dengan penuh kesyukuran. Tak sabar juga nak raikan kehadiran Ramadhan dengan pelbagai pengisian seperti tadarus Al-Quran, Qiamullail dan pastinya yang ditunggu-tunggu adalah solat terawih berjemaah di masjid atau surau. Betul tak.


Walaupun begitu, kemeriahan Ramadhan pastinya tidak lengkap tanpa tawaran buffet Ramadhan yang ditawarkan oleh Summit hotel Subang USJ ni. Dengan harga asal RM88 (bersih untuk dewasa) , korang boleh dapatkan promosi harga dari RM68 (bersih untuk dewasa) dan RM40 (bersih untuk kanak-kanak) bagi pembelian sebelum 5 Mei 2019. Yang lagi best, pihak hotel juga menawarkan tawaran pakej "Dah Murah Percuma Lagi" iaitu dengan setiap pembelian 5 baucar "Early Bird", akan mendapat percuma 1 baucar sebleum 31 Mac 2019.

Juadah yang disediakan juga sangat menarik dengan tema 'Citarasa Nostalgia' dengan 200 sajian buffet dengan beberapa 'stall' berkonsepkan selera kampung, bazar dan teratak bonda. Antara juadah yang pastinya memikat selera adalah Kambing Panggang, Satay Raja Alang, Briyani Kasih Bonda, Soup Gear Box, Mee Jawa, Asam Laksa, Yong Tau Foo, Roti Kirai, Roti Bom, Murtabak, Aneka Kerabu dan Pencuci Mulut yang pastinya menepati selera. Jemput telan ailio tengok gambar makanan yang Keknil sempat ambil sebelum semuanya Keknil ngapppp !





















Selain itu, sepanjang bulan Ramadhan ini juga, pihak hotel turut menawarkan Promosi Harga Bilik Istimewa pada kadar RM188 (bersih termasuk sahur untuk 2 orang). Selain itu, pihak hotel juga turut menerima tempahan berkumpulan atau majlis persendirian dengan kadar minima 50 orang ke atas.

Dengan tema kali ini iaitu 'Citarasa Nostalgia' yang pastinya bukan sahaja menggamit memori serta nostalgia setiap kali bulan Ramadhan semasa zaman kecil-kecil dahulu, ia juga pastinya menjadi moment bersejarah untuk dicipta untuk diri sendiri bersama rakan-rakan mahupun pasangan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.summithotelusj.com
Tempahan : 03 - 8023 3000 Ext 3021


till then, tatababai

2 comments:

Terima kasih atas komen anda. ^_^