Thursday, March 21, 2019

Jom Berbuka ! Laman Kayangan Citarasa Dua Sempadan

Assalammualaikum

Buffet Ramadhan Laman Kayangan kembali lagi dengan mencipta citarasa dua sempadan dengan menyajikan menu berbuka puasa yang bukan sahaja terdiri dari menu moden tetapi juga menu tradisional. Memang Keknil tak nafikan, citarasa setiap orang memang berbeza-beza dan dari situlah Laman Kayangan mengekspresikan idea tersebut dalam setiap hidangan Citarasa Dua Sempadan ini.


Menu-menunya jangan cakaplah. Pelbagai jenis mee seperti mee kari, mee rebus, kue teow sup malah laksa Johor tidak terkecuali sebagai pelengkap dalam buffet ramadhan ini. Bagi yang ingin menikmati Miang Kham tak perlu risau kerana terdapat gerai yang khusus untuk Miang Kham dan pastinya rasanya tidak mengecewakan. Malas nak tulis banyak-banyak korang pun mesti nak tengok apa menu yang ada kan. ^_^



Roti Jala




Mee Rebus

Kuih muih

Nasi Beriani Kambing

Miang Kham

Miang Kham

Laksa

Sambal Sotong

Ayam Masak Kicap

Fillet Ayam Masam Manis

Buahan-buahan


Pulut Durian

Memang awesome menu dia sampai tak tau nak makan yang mana dulu. Hahaha.. Jadi kalau korang datang sini, jangan lupa dapatkan tawaran istimewa untuk tempahan 'Early Bird' - bagi bayaran tempahan sebelum 5 Mei 2019. Harga untuk dewasa dari RM69 nett dan kanak-kanak RM39 nett. Memang berbaloi-baloi dengan tawaran hidangan buffet ramadhan yang ditawarkan.

Jangan risau, tempatnya sangat luas dan of course korang boleh feeling romantik-romantik dengan hiasan yang ada. Hehheeh..



Antara kemudahan lain yang disediakan adalah parkir secara percuma, tempat yang berhawa dingin, wifi percuma malah ada juga persembahan ghazal. Jadi sambil makan, boleh dengar persembahan ghazal yang indah. Surau turut disediakan untuk tetamu menunaikan solat maghrib dan isya'.

Jom berbuka di Laman Kayangan dengan Citarasa Dua Sempadan ! Tempoh adalah dari 9 Mei sehingga 2 Jun 2019. Jom ramai-ramai kita meriahkan Laman Kayangan .



till then, tatababai

1 comment:

  1. You make so many great points here that I read your article a couple of times. Watch The Sims 4 channels streaming live on Twitch. Sign up or login to join the community and follow your favorite sims 4 news streamers!

    ReplyDelete

Thanks for your support