Monday, March 25, 2019

Majlis Farewell Puan Zaiton

Assalammualaikum

Sejak 5 bulan berada di tempat baru ni, macam-macam suka duka yang dah Keknil lalui. Antara peristiwa duka adalah bila bos Keknil bertukar ke tempat lain. Walaupun masih baru lagi kat tempat baru ni, tapi sebab Keknil pun jenis selalu juga mengadap dia, jadi terasa juga kehilangannya.

So, oleh kerana pertukaran beliau tak dapat ditangguhkan jadi majlis farewell ni pun boleh dikatakan bidan terjun juga la. Tapi mujurlah team farewell sangat efisyen dan akhirnya berlangsunglah majlis farewell ini di Indus Kafe, Putrajaya.



Since semua macam dah pakat-pakat nak suruh pakai baju biru, ni kira macam baju korporat bahagian la.. Keknil memang takde la baju ni. Hahahah.. makanya ko pakai je baju biru yang hado.. Janji biru kekdahnya.. ^_^

Indus Kafe ni agak luas juga. Ada ruangan luar dan dalam. Jadi untuk event ni, kami booking tempat di ruang dalam cafe. Tapi kalau duduk luar boleh juga santai-santai atau nak fefeeling romantik-romantik kan. Kitorang ni siap nak setup projektor bagai, makanya.. kita pilih di ruang dalam. Lebih selesa dan of course berhawa dingin.

ruang masuk Indus Kafe


ruang luar kafe

ruang dalam kafe


drink counter

ye.. nak order apa?

hiasan dalaman

desserts tapi bayar lain tau

Makanan yang dihidangkan boleh tahan juga la. Walaupun tak berapa banyak pilihan tapi berbaloi la juga dengan harga yang kami bayar. Jom tengok menu yang hado.

side dishes

dessert

dessert

drinks

bubur

masakan ayam

asam pedas ikan dori

sayur goreng

kobis masak lemak

salad

ayam panggang

spaghetti aglio olio

chef sedang beraksi

Makanan dia memang sedap la juga. Yang pasti aglio olio dia sedap gile.. Tapi Keknil makan sepiring je sebab nak makan menda lain jugak. Kahkahkah..

Berbalik kepada cerita farewell tadi. Boleh dikatakan semua orang datang la. Ada la 2-3 orang yang tak dapat datang sebab urusan keluarga. Tapi takpe la.. Sebab bukan senang nak kumpul ramai-ramai macam ni kan.. Tak 

 team meja hujung 

Lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari macam tu, Puan Zaiton pun sampai jadi memang tak boleh nak buang masa sebab hari Jumaat kan.. So memang terus start majlis. En Safuan jadi emcee majlis dan teruslah memulakan acara. Macam biasa ada ucapan dan persembahan montaj. Selesai semua, apalagi.. baca doa.. dan makan la.. ^_^ 

ucapan alu-aluan

fokus fokus

senyum sokmo.. tapi dalam hati siapa tau

baca doa dulu

ucapan.. kena stop sebelum nangis

kesayangan bos ni

semua fokus dengar amanat terakhir

tak tau la apa yang kelakar



tapi akhirnya..ada yang tewas

persembahan montaj

Kalau makan tak yah cakap la.. semua laju je sebab memasing dah simpan perut dari pagi.. Hahaha.. 

makan makan

posing dulu


nyumm

ni paling eksaited jumpa makanan

ni tak pandang kiri kanan dah

sambil posing sambil amik makanan

posing sebelum ngapp

Semoga puan sentiasa sukses dan dapat menyesuaikan diri kat tempat baru. Walaupun baru 5 bulan dapat bekerjasama.. tapi banyak juga pengalaman yang Keknil dapat. Bila kerja macam ni, macam tu la.. Masuk kandang lembu, menguak.. masuk kandang kambing mengembek. Begitulah kita. ^_^

Bos lama, bos baru

Good luck, Puan !


till then, tatababai

1 comment:

Thanks for your support