Thursday, March 28, 2019

Warna Warni Ramadhan di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam

Assalammualaikum

Minggu lalu Keknil sempat untuk menikmati buffet ramadhan di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam yang berkonsepkan 'Bazar Malaysia Kini' dan 'Ala Kampung'. Yang bestnya, ia menyediakan hidangan dari seleksi tradisional dan antarabangsa.

 
Terdapat lebih dari 100 pilihan menu yang berbeza antaranya masakan negeri tempatan, masakan hidangan utama seperti nasi pakistan, nasi putih, nasi kabuli, daging tetel asam pedas, sambal tempe berlada dengan jering, ikan masak manis, daging salai, ayam panggang, pasta, pizza hawaian, stew kambing dan banyak lagi.







Tidak ketinggalan gerai berkonsepkan bazar di ruang lobi hotel yang berkonsepkan pelbagai tema seperti Masakan India, Gerai Tandoori, Gerai Masakan Cina, Kegemaran Warong Malaysia, Gerai Itali, Gerai Grill and Carving serta Citarasa Negeri.

Di Gerai Grill and Carving, korang boleh menikmati pelbagai masakan seperti kambing, daging bakar, ikan bakar, masakan laut, ayam dan sosej dengan pelbagai pilihan sos seperti sos lada hitam, BBQ, air asam dan sambal kicap.





Manakala di Gerai Citarasa Negeri pula, korang boleh mencuba hidang-hidangan yang berasal dari negeri-negeri di Malaysia dan yang lebih menarik, jenis hidangan ini akan berubah setiap minggu. Antara masakan yang disediakan adalah mee udang (Perak), Laksa Sarawak (Sarawak), Lontong dan Rendang Cili Pad (Johor & Negeri Sembilan), Laksa Penang (Pulau Pinang), Mee Kari Nyonya (Melaka), Ikan Patin Masak Tempoyak (Pahang), Nasi Dagang (Terengganu) dan banyak lagi.




Walau bagaimanapun, tumpuan buffet Ramadhan kali ini adalah menu 'Viral' yang hangat diperkatakan dalam dunia media sosial seperti Burger Cheese Meleleh, Car Kue Teow Keju, Shellout Kamyong Style, Kepal Ayam Goreng Pedas dengan Keju dan Roti John Titiwangsa.


Tidak lengkap berbuka puasa tanpa minuman segar dan dengan itu, aneka pilihan minuman disediakan untuk para tetamu seperti air buah naga, air soya, jus buah, air tebu dan berbagai pilihan kopi dan teh berkualiti.


Tidak dilupakan pemanis mulut yang sentiasa menjadi pilihan Keknil antaranya ais kacang, kek keju marmar, kek coklat basah, kek lobak, brownies coklat, aneka jenis kuih Melayu dan kuih raya, puding tembikai susu, bubur pulut hitam, koktel buah, tapai pulut, dodol, serawa pisang, roti pisang, puding mentega, sago gula Melaka dan macam-macam lagi.




Buffet berkonsepkan 'Warna Warni Ramadhan' ini disediakan setiap hari bermula jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Harga pula bermula dari RM138.00+ bagi dewasa dan RM70.00+ bagi kanak-kanak dan warga emas. Sementara pakej harga pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum pula adalah RM148.00+ bagi seorang dewasa dan kanak-kanak.

Tempahan awal dan pembayaran sebelum 1 Ramadhan (6 Mei 2019), boleh mendapat potongan harga istimewa dengan harga RM95.00+ bagi 10 orang ke atas manakala RM100.00+ bagi 9 orang ke bawah.

Bagi syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup, korang juga boleh menempah majlis berbuka puasa di dewan bankuet dengan tawaran harga bermula dari RM75.00+ seorang dengan minimum 100 orang.

Bagi memberkati bulan Ramadhan yang penuh mulia, alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan dialunkan sepanjang masa malah korang juga dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih secara berjemaah yang akan diketuai oleh Iman di surau.



Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari :

No Telefon : 03-5511 8811 samb. 2801, 2804, 2806
Emel : dosm@bluewavehotels.com
Alamat :
Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40000 Shah Alam

till then, tatababai

1 comment:

  1. Tak pernah cuba buffet Ramadhan dekat bluevave nih nampak menarik juga meju-menunya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda. ^_^