Tuesday, September 17, 2019

Kenapa Aku Give Up Untuk Jadi Seorang Programmer

Assalammualaikum

Just to share my own experience a big why I'm no longer interested being a programmer. Seriously, the current situation make me really sick due to a lot of request from higher level on system development. Sometimes it make me pissed off ! Really pissed off !


Bagi sesetengah orang minat sahaja dah mencukupi untuk berjaya. Well.. memang tidak dinafikan. But for me, minat sahaja tidak cukup ! Banyak lagi faktor yang perlu ada untuk menjadikan orang suka buat apa yang dia suka dan being motivated is one of it. Sementara I tunggu sistem compile ni, meh I share sikit 'A BIG WHY' I'm giving up on being a programmer.

1. Motivated to demotivated
Masa dapat task, memasing berkobar-kobar, belum buat pape ni dah aim untuk rewards. Fuhh.. lagi besar reward, lagi besar angan-angan dia. Dah cukup dah ni nak motivated diri untuk siapkan sistem, tapi bila dah start.. Amboiii kak limah.. takkan takat mulut je sembang berkobar-kobar tapi bila part buat keje apa pun ko tau tau? Habis tu yang ko target nak rewards percutian pergi tak kembali ke neraka jahanam tu apa kejadahnya. Elok je hari pertama motivated nak siapkan sistem, terus demotivated sebab kau punye perancangan tak melambangkan effort kau. Takat kau panggil aku masuk dalam bilik kau suruh buat sistem tapi cuma aku sorang-sorang mengadap, pastu kau mengadap handphone dok layan bakal bini baru kau tu hanya mampu motivated diri kau untuk melayari malam pertama je la. ~___~

2. Too many request, less resources
Ni pun satu hal, tak payah sembang nak 1001 sistem tapi kalau resource cuma 2-3 kerat je.Ni tidak.. Semalam minta sistem aduan, hari ni minta sistem mobile apps, esok minta sistem KPI.. ewah ewahh... kau punye sembang macam resources kau 300 orang? Agak-agak la punn... Yang manage tu pun tak tengok ke resources yang ada? Tau terima je bulat-bulat request dari pihak atasan atas alasan.. "Ini arahan pihak atasan. Kita kena buat" Okey fine.. Kau je la buat.. Nak tengok mampooo ke idokkk. 

3. No teamwork
Ini adalah antara sebab kenapa aku bengang gile tahap sekor-sekor ni aku sunatkan balik kang. Hello brader.. team 4 orang kan.. sepatutnya each team ada role memasing. Bukan sorang tu cuma bagi arahan, "Okey Emjay, saya tau esok mesti siap!" Fuhh.. inilah leader terpaling terpimpin seantero donia. Pemimpin macam ni boleh pegi meninggal sila jangan menyusahkan hidup orang lain. kalau takat cerita pasal pengalaman 20-30 tahun kau tu, tapi takat tu je la.. Sembang kencang, action takde. Calon pemimpin ahli neraka namanya. Meluat gile bila dapat team macam ni.

4. Banyak Beralah
Bila terlalu beralah atas alasan "ala.. dia boss.." sangatlah tak relevan. So what kalau dia bos? As bos sepatutnya dia bijak delegate task dan tak terima kerja dengan sesuka hati dia je. Sesekali kena fight for your own good. Sebab kang kalau ada query, ada bos kau amik tanggungjawab? Tidaknya. It happen to me too many time. Serik gile. Serius tak faham jenis bos macam ni.

5. Job scope bersepah
Alasan dah alang-alang buat, buat je la semua. Memang hauk sebenarnya. Memang la sistem tu duduk dalam server tu, dah tu aku seme kena buat.. kau buat apa setan? Takkan keje kau beli server dari kau lahir sampai kiamat? Beli je? Setup server, migrate server, maintenance server aku juga ke kena buat setan? Elok kau dengan post kau bole pegi campak kat lombong bagi makan buaya tembaga. Haukkk!

6. Success means burden on you
It's a trend! Once kau buat menda tu. Kau jugalah kena buat menda tu sampai kiamat. Kalau kau boleh buat sistem, muka kau la yang akan kena buat sistem sampai la Abang Jamil mampus. Abis tu mana pegi programmer lain? Owh.. lupa.. programmer lain tu keje dia beli server je.. yang lagi sorang tu keje dia forward emel je.. T___T Kalau gini gayanya, baiklah aku jadi bodoh je. Jadi baik pun kena buli.. Jadi pandai pun kena buat semua kerja. 

Ada juga beberapa perkara lain yang kadang-kadang menjadi punca juga antaranya banyak ketua dan semua orang nak jadi ketua abis tu sape yang nak buat keje nya? Tapi for me, menda ni minor je tak menjejaskan sangat since I can be both. Cuma itulah, orang sangka kerja programmer ni senang giles.. Macam ada orang tu cakap, ala.. dulu penah buat programming ni masa master (tapi master pun tak abis) T___T kalau sembang haruslah semua nak nampak dia je yang terbaik.. dia je hebat.. tapi hakikatnya, cuma hebat menaip di Whatsapp tapi habuk pun tarak.

#DoneBebel


till then

15 comments:

  1. Hehe.. Akk join programmer keje swasta kak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni sape suruh akak buat sistem, akak charge 100k satu sistem. Baru tau ada bajet ke takde bajet T___T

      Delete
  2. fuhhhh dasat akak membebel ni ehehe,tapi betul pun minat saja tak cukup,sebab tu saya berlalu pergi meninggalkan bidang architecture drafting ehehhe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya malas nak bebel.. tapi makin lama makin melampau.. ingat aku ni xde family. nak hadap je buat sistem 24/7. dah lama dh tinggalkan dunia programming ni.. tapi atas alasan ada pengalaman aku jugakkkk la yang kena buat. Abis tu orang lain yg dok sembang kencang ada pengalaman 20-30 tahun tu xmo bagi dia pulak.. Haukkk !

      Delete
  3. hadoii bertabah lah chuols
    once a programmer, always a programmer kekdahnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyooo azra... pasni aku nk jadi once a traveller.. always a traveller :P

      Delete
  4. pernah juga jadi programmer, tapi mcm xde social life lak rasa. ofis tu mcm rumah pertamaku dah.hahaha

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. best je jd programmer.. tp tu la.. makin lama makin melampau.. makin tunjuk skill makin nonsense permintaan.. kena tgk resources juga.. kalau resources 2 orang.. agak2 la nk bg keje pun..

      Delete
  5. erk faham juga sama juga situasi kat sini wpun mama bukan programmer

    ReplyDelete
    Replies
    1. situasi ni ada kt mana² je.. even bkn as programmer.. tp dalam bidang lain pun msti ada situasi mcm ni

      Delete
  6. Ni mesti perasaan dah tak boleh ditahan- tahan kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah SA.. bila baca balik bebelan ni.. terus rasa.. ehh.. ni aku ke? hahaha.. tp tu la.. kalau dh hilang sabar.. macam² mnda bole jadi

      Delete
  7. kawan saya programmer kerja freelance.. free like a bird

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu penah buat keje mcm ni.. tapi skang atas kekangan masa dok hadap perangai sekor² orang rekues nk buat sistem merapu².. baik jd bodoh je..

      Delete

Thanks for your support