Monday, September 30, 2019

Pengalaman Pahit Manis Hawau Sepanjang Hackathon 2019

Assalammualaikum |

25 September 2019, akhirnya Pertandingan Hackathon Aplikasi Mudah Alih 2019 tamat.. noktah.. titik. Seriously, sepanjang pertandingan ni berlangsung memang hidup tak tenang. Dan sebab pertandingan ni jugaklah aku gigih jugak create entry Kenapa Aku Give Up Untuk Jadi Seorang Programmer. Yes, Indeed ! Aku ni dah berapa lama tinggal dunia programming ni sejak bertukar portfolio. Tetiba bila kat tempat baru ni, elok² dorang 1 team tiga orang, pastu ada la sorang manusia ni ajak aku join masuk. Asalnya malas nak masuk sebab kau dah lama tak buat kan, pastu pulak language yang kau nak develop ni kau baru nak start dari A. Lepas tu, fikir sebab nak amik pengalaman, takpe la.. aku join la. Sekali pengalaman ngeri yang bikin aku meroyan macam tiada hari esok.

MAGIC, Cyberjaya

Kit Pertandingan

Pertandingan ni berlangsung selama 24 hari. So, pelancaran diadakan pada 27 Ogos 2019 bertempat di MAGIC, Cyberjaya dan countdown 24 hari bermula dari tarikh tu la. So okey la. Masuk hari kedua, bermulalah episod pemakluman emel makluman sepanjang pertandingan tu, kami 4 orang ni tak boleh diganggu la kononnya sebab nak fokus pada Hackathon ni. Okey good start ! Lepas tu, aku pulak kena fikir nak bahagikan tugas padahal aku bukan ketua kumpulan pun. Abis tu dah ketua kumpulan pun bijak sangat time tu la baru nak minta setup notebook untuk install Code Editor dengan kitorang masing-masing bodoh tak tau pape pasal language yang kitorang nak guna untuk develop sistem ni. last² aku minta ketua pasukan buat mock up sistem. Aku faham la bukan senang nak buat mocp up tu sebab aku pun penah buat. So aku pun lukis la atas white board lakaran skrin bodoh-bodoh gitu je, tapi kang pandai la dia adjust bagi cantik sikit kan. Field database pun aku bagi info sikit-sikit apa yang perlu ada. So ketua pasukan pun kata, okey dia buat.

Esoknya, aku tanya, mock up dah siap ke? Dia kata belum buat. Ok fine. Aku tunggu lagi. Lusa.. aku tanya.. mock up dah siap ke? Dia kata tak sempat. Baiklah. Aku start la dulu buat skrin bodoh-bodoh sebab nak juga explore language baru ni. Sampai la ke minggu seterusnya, which sepatutnya kitorang team of 4 ni duduk, bincang, kerja sama-sama at the end aku sorang je ngadap menda ni. Kau rasa? Tak rasa nak mengamuk?

Pastu bila aku tanya mana mock up? Dia kata tak siap lagi. Weiii.. kau agak² la.. ni pertandingan.. Ada dateline. Dah la aku bodoh, takkan kau pun bodoh jugak. At the end nak masuk minggu ketiga baru dia bagi mock up which masa tu aku dah siapkan semua UI untuk mobile apps tu. Pastu aku pun start la bebel dalam group Whatsapp, pasal kerjasama, tak menang takpe janji apps siap. Pastu semua dalam tu pun ye la.. sembang kencang kan.. Semua setuju siap sembang pasal long-term, short-term apa kejadahnya tapi takat sembang kencang macam tu, sudahnya aku jugak ngadap sorang-sorang.

Pastu aku minta la tolong buat banner untuk apps ni, then tak sampai 5 minit ketua pasukan hantar satu gambar dalam Whatsapp group dan tanya, 'Emjay, ni okey ke?' aku tak sempat tengok lagi so aku cakap nanti aku tengok. Petang tu aku tengok gambar yang dia hantar tu adalah part of gambar mock up yang dia screenshot ke apa tah dari powerpoint. Macam tu je ke banner? Aku malas nak bebel dalam group, aku terus minta kawan aku buatkan banner. Tup.. sekejap je siap.

Hari berganti hari, masa berganti masa, sampailah hari Jumaat sehari sebelum cuti 3 hari yang cuti Hari Malaysia tu. Aku rasa senang gile keje jadi ketua pasukan ni. Cuma tanya 'Emjay, sistem dah siap?' tanpa perlu amik tau apa yang terjadi dibelakang tabir. Orang tu hidup ke mati ke, ada aku kisah janji sistem siap ! LOL

Pastu sorang ni pulak buat hal. Dah la ketua pasukan macam tu. Yang sorang lagi krik krik macam cengkerik je la dalam tu buat apa tak tau, pastu the only person yang aku boleh harap sebab dia sorang je ada basic knowledge untuk language yang kitorang guna untuk develop apps ni buat hal pulak. Serius, ini memang buat aku bertukar jadi resakse.

Bebb! Seminggu lagi nak hantar, takat ada UI tanpa fungsi beb. API tak buat lagi, function maps tak buat lagi. Aku jugak ke kena buat semua tu? Bila aku mesej tak jawab, so what do you aspect cuti 3 hari tu bole pegi kawen, pegi hanimun, pegi bercuti² Malaysia ke? Aku ni pun ada family jugak tapi sebab aku dah letak komitmen untuk pertandingan ni sepatutnya sama-sama la buat. Sampai anak aku tanya, 'Mama.. minggu ni kita tak pegi mana² ke?' Sedih weii.. Cuti lama tu aku terpaksa ngadap coding yang aku baru nak explore dari pagi sampai ke pagi. Aku korbankan waktu tidur aku sebab aku nak sistem ni siap. Biarlah tak menang pun. Tapi takat effort pada aku sorang je, yang lain tadah rewards je ke? Serius, tiap malam aku nangis depan notebook mengenangkan apa la dosa aku kat 3 ekor mamat ni.

So, sepanjang cuti 3 hari tu aku terpaksa buat beberapa perubahan untuk memastikan sekurang-kurangnya apps ni boleh berjalan at least function CRUD tu berjalan. Function messaging, call, MAPS semua tu aku tolak tepi dulu. Sebab kau dah tak target menang kan. Target sistem siap je kan.

17 September, barulah sorang ni datang bagitau dia nak buat function API dengan kawan dia. dateline 19 September kot. Masa ni aku dah start mendidih dah. BARU NAK BUAT? CUTI 3 HARI RITU KAU BUAT APA SETAN ! Memang masa ni aku dah start takmo bercakap dengan sesiapa. Sape tanya aku pasal Hackathon ni memang aku laharkan aje tak kira la kau sape.

18 September aku dah almost give up. Mujur la masa tu ada la 'malaikat' muncul sebab masa tu aku tak dapat nak create apk file. So 'malaikat' ni la yang bantu aku untuk create apk file dan pada masa yang sama, aku sempat la belajar macam mana nak create fungsi MAPS.

19 September, barulah group Whatsapp tu aktif kembali dengan pertanyaan, 'ari ni last kan? kita submit apa yang ada ke camne?' Fuhhh ayat. Aku nak je tanya, 'apa je yang ada?' Ewahh.. macam tu je kau tanya? Korang memang masuk pertandingan, goyang telur pastu amik sijil ke? Sabar aku pun ada had tauu... Dah la selain dari apps yang nak kena submit tu, kena hantar laporan, kena hantar slide. Takkan tu pun aku kena buat. Amboiii.. senangnya hidup kauuuuuuuu !

Tapi at the end, aku jugalah buat semua A-Z. Lepas tu barulah sekor-sekor datang tanya kita dah hantar ke? Cam hanat pangai sorang²..

Hari pertandingan memang aku nekad kalau 3 ekor ni datang pertandingan ni nak tuntut sijil, nak datang untuk presentation, memang aku balik. Korang boleh pegi buat presentation sorang².  Tapi at the end. Dorang tak muncul pun. Berani nak muncul depan aku memang aku sunatkan sorang-sorang kat situ.

Rupanya bukan team aku je bermasalah, team lain pun ada juga yang bermasalah. Memang banyak pengajaran la bila aku join pertandingan ni. Secara tak langsung, macam tak percaya sistem tu boleh siap. So, sepanjang pertandingan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah juga, walaupun team kitorang tak menang, tapi masa presentation panel pun puji juga sistem tu. Cuma aku pun faham sistem orang lain of course lebih hebat lelagi bila dalam team semua orang bekerjasama.

So tu je la aku nak bebel. Layan je la gambar sepanjang pertandingan ye. Till next time, kalau ada team yang bagus ada team yang boleh buat kerja sama-sama, aku takde masalah nak masuk lagi. Tapi untuk kali ni. That's it ! 

tag peserta

antara peserta Hackathon

antara peserta Hackathon

antara peserta Hackathon

ready untuk present

The kembang-ladies

Jakarta Room ~ presentation

antara 9 team yang bertanding

countdown

presentation time ~ tq El tolong amikkan gambar

demo sistem ~ tq again El tolong amikkan gambar

aku dan 'side-kick' yang banyak tolong masa aku tengah struggle siapkan apps

peserta Hackathon

Tahniah kepada Top 16 yang layak ke peringkat akhir, you deserve it ! Insya Allah.. banyak pengalaman pahit manis sepanjang berlangsungnya Hackathon ni. Yang pahitnya korang pun dah baca. Yang manisnya, aku jumpa dengan ramai orang yang sangat supportive dan aku dapat belajar ilmu baru walaupun penuh pancaroba. Tengoklah.. kalau ditakdirkan tahun depan aku terbuka hati nak join lagi, Insya Allah. Tapi of course pada kali itu aku akan cari orang yang betul² boleh bekerjasama dengan baik dan bukan sekadar sembang kencang je !


till then

1 comment:

  1. Thanks for writing such a good article, I stumbled onto your blog and read a few post. I like your style of writing... If you're looking for the best things to do in the world, Things to do has something for everybody! From adventure to culture, food to history .

    ReplyDelete

Thanks for your support