Roadtrip to New Zealand | Lake Hawea - Dunedin

Assalammualaikum

Pagi tu kami bangun macam biasa. Takde rushing sangat sebab pagi ni kitorang akan terus ke Dunedin, Route ini adalah route baru yang aku tak pernah explore lagi dan kalau tengok kat kebanyakan pelancong yang datang ke New Zealand ni memang jarang-jarang dengan dorang lalu route ni.










Takpe.. walau route mana kita lalu kat New Zealand ni, ia tetap cantik dan memukau mata. Dan kami tak silap sebab route ini memang awesome dan siap kami borong buah lagi. Dah la manis-manisssss..

Okey pagi tu kami ke Wanaka dulu sebab semalamnya kami tak sempat nak ke sana sebab memasing dah takde mood kekdahnya kan.. hahahha. Tempat pertama kami singgah adalah Puzzling World. Boleh parking secara percuma dan boleh layan aktiviti sekitar Puzzling World tu secara percuma kecuali kalau nak masuk kat area The Great Maze dan Illusion Room. Sempat la kami menguji minda kami yang selnya dah tak berapa nak berhubung ni. Hahhahaha














Kami lepak sini dalam sejam lepas tu kami bergerak ke Wanaka Lake. Tapi tak lama pun kat situ sebab takde parking. Tak berani la nak parking ikut suka kan. So, kami just lalu je dan kalau ikutkan nak singgah kat Cardrona Fence tapi dorang takmo tengok bra sebab dah banyak bra katanya. Hahahahhaa... So, kami meneruskan perjalanan ke Dunedin melalui Alexandria.

jumpa biri²

batu batan di Alexandria


Dunstan Lake

nak tumpang jodoh

hitchhiking menuju ke hati awak 😂

dengan mailbox pun jadi la

Inilah route yang jarang dilalui. Tapi kena cuba lalu sebab tempat ni sangat cantik. Dan sini juga kami sempat singgah kat satu tempat yang bernama Tarras. Kat sini kami beli buah memang banyak gile. Buah plum dia manisssss sangat dan murahhh... $5 satu kotak, makan la sampai puas. Murah kannn... Buah epal serendah $2 untuk sekilo. Haaaa.. Mau tak meroyan borong buah kat sini. Buah labu pun murah dan besar-besar pulak tu. $5 untuk sebiji. Tester buah dia bukan potong kecik-kecik punye, tapi dia bagi test sebiji buah terus. Haaaa... kagum gile.. terus rasa nak repeat New Zealand bila teringat balik. Hahahah

















Yang paling aku kagum kat sini, kat kedai ni takde orang jaga even cashier pun takde. Dorang just letak machine dan bekas. Sape nak beli boleh letak duit dalam bekas yang disediakan. Tak cukup cash? Jangan risau, boleh guna credit card. Charge dan swipe je sendiri. Semua base on trust !




Lepas borong buah, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Dunedin. Di Dunedin kami stay di Leith Valley Holiday Park dan kami ambil cabin. Dan buat kali pertama kami stay kat New Zealand ni kami duduk kat penginapan yang ada private bathroom. hahahha.. Kalau shared bathroom pun korang jangan risau, sebab memang bersih. Kalau private bathroom, haaa.. lagi la melompat kan sebab malam-malam buta tak yah nak tahan kencing dah.. Hahhaha




ruang dapur

katil

double decker

ruang tamu

bilik air

ruang tv

dapur


Process check in juga sangat mudah. Dan lepas dapat bilik memang tak tunggu lama la terus memasing kejar bilik air. Kikikiii.. kemudian kitorang rehat sekejap, makan tengahari dan solat jamak. Lepas tu kitorang keluar dengan berpakaian baju kurung uolssss... nak photoshoot salam perantauan kekdahnya.. hahahha.. Destinasi photoshoot salam perantauan adalah di University of Otago. Acah-acah stupid student. Hahahhaa... padahal bukan pandai pun.. nak belajar kat luar negara konon.. Hahahahah

lunch dulu sebelum keluar



Parking kat Dunedin ni memang susah sikit sebab semua tempat berbayar. Jumpa je parking, kitorang terus parking dan amik 2 jam terus. Jangan amik risiko park tanpa bayar ye.. kang kena saman sendiri tanggung. Huhuuhu

Masuk je University of Otago, terus fefeeling student. Pastu mula la belagak macam student macam baru habis kelas. Hakikatnya, berlakon je pun. Muahahhaaa..




Bukan semua tempat boleh masuk kat sini, tapi selagi takde orang halau, korang photoshoot je la sampai lebam. Lepas puas bershooting kat sini, kitorang pun bergerak untuk shopping barang dapur. Kitorang ke Pak n Save dan inilah tempat yang paling aku suka pegi cari barang dapur. Sebab murahhh dan banyakkk barang boleh beli kat sini. $50 boleh dapat 1 troli barang tauuuu... Haaa.. bukan sikit-sikit punye.








Lepas balik holiday park, tengok-tengok tuan tanah kedaung tengah tunggu kat depan rumah kitorang. Ingatkan ada buat salah ke apa. Rupanya dia nak ajar macam mana nak guna selimut. Hahahaha.. siap demo ye, cara nak tarik selimut. Kikikiii... Lepas tu dia tengok pulak bilik air. Sebab dia perasan bilik air macam basah sikit. Kitorang pun explain la, basah bukan suka-suka nak basah tapi kadang kan kita amik wudu' tu. Memang la terpercik-percik air. Tapi dia tak boleh terima hakikat itu siap cakap jangan basahkan bilik air. Kitorang faham la.. sebab kabin tu diperbuat dari kayu yang memang la nampak mahal, pastu ada karpet pun mungkin mahal. So dia takmo basah-basah nanti mengundang kulat la, fungus la.. So.. takpe.. tempat dia.. kita ikut cara dia. Lepas tuan tanah keluar dari bilik tu, member ni siap lap bilik air tu dengan kain sebab takmo basah kann.. Huhuhu

bilik air berkonsep kayu - sebab tu dia tak bagi basah²

Dalam banyak-banyak penginapan yang kitorang duduk setakat hari tu, ini adalah penginapan yang terbaik sebabnya cantik, ada kitchenette dan of course ada private bathroom. Hahhahaa..

Nak dijadikan cerita, kitorang datang sini ada bawa 2 periuk tau. Tapi entah macam mana bila sampai Dunedin ni, satu periuk hilang. Tak tau letak mana. Kisahnya last yang basuh periuk tu adalah aku dan aku pasti aku tak tertinggal periuk tu kat Lake Hawea. Gigih ke nak patah balik ke Lake Hawea semata-mata nak cari periuk tu. Hahahah.. Dan kami pun redha je la takpe la.. kita masak pakai satu periuk je la. Sambil memikirkan, dimanakah periuk ajaib aku menghilang?

Esoknya kami akan ke Te Anau. Bagaimana dengan penginapan kami di Te Anau? Adakah banyak ceritanya macam di tempat lain? Hehehe.. tunggu okeyyy... ^_^

till then, tatababai
Roadtrip to New Zealand | Lake Hawea - Dunedin Roadtrip to New Zealand | Lake Hawea - Dunedin Reviewed by Anil on 8:33:00 AM Rating: 5

4 comments:

  1. Bestnya kak jalan jalan tempat orang. Cantik dan tenang je tengok pemandangan kat sana

    ReplyDelete
  2. Syok berjalan ni. InsyaAllah ada rezeki boleh jadi panduan kalau kami plan nak ke sana. Thank u!

    ReplyDelete
  3. Entah bila la dapat menabung pergi trip macam ni..tunggu bonus la kot..Anil nak pergi bila lagi NZ? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. Cerita NZ ni memang kena baca dari awal. Suka gila view kat NZ walau setakat ni mampu cuci mata tengok kat sosmed orang je.

    ReplyDelete

Thanks for your support

Powered by Blogger.