Roadtrip to New Zealand | Dunedin - Te Anau

Assalammualaikum

Pagi tu hujan renyai-renyai. Tapi takpe.. hari ni kalau ikutkan kitorang tak rushing sangat pun sebab nak ke Te Anau. Perjalanan ke Te Anau dari Dunedin mengambil masa kira-kira 3 jam 34 minit. Pagi tu kami ke Cadbury World. Tapi kami tumpang parking kat Countdown sebab Countdown tu sebelah je dengan Cadbury World. Kalau ikutkan tak boleh tumpang parking kat Countdown tu, tapi ada kawan nak singgah situ so kita pun park la situ dan sesambil boleh pegi Cadbury World. Hehehe




parking kat Countdown



 

Kali ni macam banyak souvenir kat Cadbury World dan sempat la aku borong beberapa barang souvenir untuk dipakai sendiri. Hehehhe.. Coklat cadbury macam biasa la.. berlambak.. boleh pilih nak perisa apa. Nak pahit, manis, susu, kacang.. semua ada. Kami tak join pun lawatan ke dalam Cadbury tu sebab target nak cari coklat dan souvenir je. Hehhehe









Kemudian, kami singgah sebentar di kedai seorang kawan di Dunedin untuk menyampaikan amanah seorang kawan. Tengok rumah kat area Dunedin ni, cantik-cantik dan banyak pokok bunga. Tetiba fefeeling nak cari umah sebiji kat situ. Hahhaah.. berangan sokmo ni... Kikikii..


Since cuaca mendung dan hujan gerimis, kami tak tunggu lama kat sini sebab takut kang tetiba ribut plak kang. So, kami meneruskan perjalanan ke Te Anau. Kalau ikutkan ada nak singgah Nugget Point tapi sebab hujan kami skip je. Mana tau ada rezeki lain kali boleh singgah pulak. Hehhehe

Perjalanan dari Dunedin ke Te Anau memang dihidangkan dengan pemandangan hijau nun jauh di sana. Memang tak jemu mata memandang la. Kiri kanan ada je kambing biri-biri di atas bukit bukau. Nampak comel macam cendawan tapi cendawan begerak la. Hehhehe




singgah lunch dulu


Petang tu kitorang sampai Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park & Motel. Kitorang akan stay 2 malam kat sini. Tapi malam pertama, kitorang just book bilik biasa sebab esok paginya nak keluar awal pagi menuju ke Milford Sound. Kitorang sampai Te Anau tu cuaca okey lagi, alhamdulillah. Lepas check in je tetiba cuaca bertukar mendung. So, kitorang pun cepat-cepat unloading barang dan masuk dalam bilik. Untuk bilik pertama ni bilik air kat luar. Tapi dekat je dengan bilik. Dapur pun sebelah bilik je.





Kalau ikut rancangan asal, nak makan kat ruang dapur tapi penuh pulak dengan umat manusia mat dan minat salleh kat situ. So, at the end, kami makan dalam bilik je. Hujan renyai-renyai kat luar maybe sebab tu dapur penuh semua orang tetiba lapar.. Hahahahaa

Petang tu walaupun hujan renyai-renyai, kami jalan kat area Te Anau dan sempat la cari souvenir kat situ. Kat area Te Anau ni pun ada beberapa kedai yang boleh tahan murah la. Ada certain barang yang murah di Te Anau tapi mahal di Queenstown dan ada juga sebaliknya. Kalau nak beli barang kat Te Anau, boleh beli tapi jangan borong sampai miskin plak.


Kitorang jalan-jalan kat sini lama juga sampai maghrib dan balik semula ke bilik lepas hujan tak berhenti-henti. Balik bilik, siap-siap mandi, makan malam dan tidur awal sebab esoknya nak bangun awal pagi untuk ke Milford Sound.

Reception holiday park ada mention, kalau hujan lebat ada kemungkinan jalan menuju ke Milford Sound akan ditutup. Jadi sebenarnya kami agak risau juga la sebab tiket cruise Milford Sound kami dan beli awal-awal. Boleh refer pada entry sebelum ni.

So, adakah esoknya kami dapat ke Milford Sound tanpa dugaan? Tunggu next entry tau...

till then, tatababai
Roadtrip to New Zealand | Dunedin - Te Anau Roadtrip to New Zealand | Dunedin - Te Anau Reviewed by Anil on 11:04:00 AM Rating: 5

1 comment:

Thanks for your support

Powered by Blogger.