Roadtrip to New Zealand | Miford Sound Cruise

Assalammualaikum

Kitorang sampai ke Milford Sound lebih kurang jam 6.30 pagi. Kira sempat la solat subuh dulu kat Milford Sound tu. Cari tempat untuk solat dan of course, gunakan jam F&A Qiblat Sensor sebagai penunjuk arah kiblat kami. Lepas tu, kami sarapan sekejap dan terus bergerak ke terminal jeti untuk redeem tiket yang kami dah beli di Bookme sebelum ni.





Masa kami di Te Anau, kami ada jumpa Malaysian yang kata Doubtful Sound pun cantik juga macam Milford Sound. Tapi kedengaran macam Doubtful Sound tak berapa popular kan. Takpe.. next time kita cuba ke Doubtful Sound pulak dan experience dedua tempat. Hehehhe

Milford Sound is a fiord in the southwest of New Zealand’s South Island. It’s known for towering Mitre Peak, plus rainforests and waterfalls like Stirling and Bowen falls, which plummet down its sheer sides. The fiord is home to fur seal colonies, penguins and dolphins. Milford Discovery Centre and Underwater Observatory offers views of rare black coral and other marine life. Boat tours are a popular way to explore.
Memang tidak dinafikan Milford Sound ni sangat cantik. Ada yang cadangkan supaya ambil Milford Sound Overnight Cruise. Yang ni lagi best sebab semua dah include termasuk cabin, meals dan aktiviti. Cuma harganya agak mahal sedikit dan di luar bajet kami. Tapi tak rugi cuba tau. Kena kumpul duit lebih sikit la lepas ni. ^_^

Cruise kami jam 8.55 pagi. Jadi takde la rushing sangat sebenarnya. Lepas sarapan dan kemaskan diri.. Ye la.. tudung pun dah senget-benget. Tacap-tacap muka, pakai bedak 5 tingkat, lipstik 3 batang.. barulah konfiden nak amik gambar. Kah ! kami pun berjalan dari tempat parking ke terminal feri. Dalam 10 minit je berjalan kaki santai-santai gitu. Boleh berhenti kejap untuk amik gambar.


Sampai di terminal feri, aku terus beratur di kaunter Jucy untuk mengambil tiket dan kupon makanan. Dia akan tanya, "vege or not?" Of course la aku jawab vege lebih yakin, gitu. Lepas tu kena tunggu kat ruangan menunggu sampai la crew kapal dia panggil masuk. Haaa.. boleh juga kalau nak amik-amik gambar kat tepi terminal tu. nak fefeeling macam Wawa dan Aeril pun boleh. Kikikii







Ada banyak kapal cruise kat sini. Macam kami yang cheapskate ni, yang paling murah la kami amik. Hahahhaa.. Sampai masa, kami pun naik cruise. Of course, cari seat kat dalam dulu sebab nak makan kan. Lapauu.. hahahha.. padahal baru lepas sarapan. Makanan dia sedap la jugak. Dapat free flow tea / coffee.

Lepas tu, kami naik atas lepak dok dan berphotoshoot la sampai lebam. Kalau korang tak tahan sejuk, boleh pakai baju sejuk atau boleh pakai baju hujan. Sebab nanti dia akan lalu sedekat-dekatnya kat kawasan air terjun tu. Memang mandi air terjun betul-betul la. Make sure juga kamera tu waterproof. Kikikii..












Milford Sound memang cantik dari segala pandangan. Pandang kiri kanan depan belakang, semua cantik. Kitorang start photoshoot dari cruise tu bergerak sampai cruise tu balik. Hahhaha.. tak fikir sejuk dah.. Fikir cantik je. Muahahhahaa

Bersambung....

till then, tatababai
Roadtrip to New Zealand | Miford Sound Cruise Roadtrip to New Zealand | Miford Sound Cruise Reviewed by Anil on 8:00:00 AM Rating: 5

1 comment:

Thanks for your support

Powered by Blogger.