Roadtrip to New Zealand | Milford Sound - Mirror Lake

0 Comments
Assalammualaikum

Lepas kami balik dari cruise, masing-masing berebut nak pergi tandas. Kesejukan barangkali. Huhuhu.. Mungkin lepas ni kalau ada rezeki, nak cuba pula overnight cruise dan alami sendiri pengalaman yang diperkatakan orang tu. Kan...

So dari Milford Sound, kitorang akan kembali semua ke Te Anau. Ada sesetengah orang terus ke Queenstown sebab takmo buang masa. Tapi sebab kami ni fikir penat dan tak nak rushing. Lagi pula, kami tak sempat nak menikmati keindahan tasik Te Anau lagi. Hehhehehe





Kami gerak balik tapi kami tak terus balik. Kami berhenti singgah-singgah kat mana tempat yang boleh berhenti. Ada tempat best je, kami berhenti dan amik gambar. Perjalanan dari 1 jam terus beranjak ke berjam-jam. Bila lagi nak datang lagi kan.. kena kumpul modal dulu, tu pun makan bertahun baru boleh datang lagi. So, ambil je sebanyak masa yang ada untuk explore dan nikmati pemandangan yang ada.


demi sebuah gambar


Banyak tempat kami singgah di pinggir kawasan pergunungan, di kawasan sungai dan air terjun. Pendek kata, dah alang-alang sampai, silalah berhenti kat mana-mana tempat yang korang rasa berbaloi untuk berhenti. Tapi jangan sampai menyusahkan kenderaan lain pula ye.

Kemudian kami singgah di parking lot Routeburn Track untuk makan tengahari. Ala-ala piknik gitu tapi makan celah semak kat tepi kereta. Hahahaha.. pengalaman ni memang takde kat Malaysia, cuma dapat kat New Zealand. Kikikii.. makan tepi semak pun sedap tau.. Hahahhahaa



Routeburn Track ni adalah tempat yang terkenal untuk hiking. Ada beberapa camp site disediakan tapi untuk kami, hiking memang takde dalam itinerary yang aku sediakan. So, kita tengok je orang lain hiking. Mana tau ada rezeki nanti kot la terbuka hati nak hiking pula kan. View kat Routeburn Track ni memang cantik sangatttt.. korang yang berminat, boleh cuba !

The Routeburn Track is a world-renowned, 32 km tramping (hiking) track found in the South Island of New Zealand.The track is usually completed by starting on the Queenstown side of the Southern Alps, at the northern end of Lake Wakatipu, and finishing on the Te Anau side, at the Divide, several kilometres from the Homer Tunnel to Milford Sound.

Lepas tu kami bergerak dan meneruskan perjalanan ke Mirror Lake. Entrance fee adalah percuma je dan kena jalan sikit kat jambatan dia baru sampai ke view point Mirror Lake.

Mirror Lakes are a set of lakes lying north of Lake Te Anau and immediately to the west of the road from Te Anau to Milford Sound in New Zealand.
At 56 kilometres (35 mi) north of Te Anau, the lakes are about halfway to Milford Sound and the car park right next to State Highway 94 is a popular stop for tour buses on route to Milford Sound.
 The lakes are only a 5-minute walk away from the car park along a wheelchair-friendly boardwalk. A wooden viewing platform and short walking track run along the lakes, one of which has a deliberately mirrored sign mounted just above the water's surface, so that the name "Mirror Lakes" is shown correctly in its reflection. On a calm day, the Earl Mountains can be seen reflected in the water. 

Kalau korang menuju ke Milford Sound ni, memang akan lalu ke Mirror Lake ni. Jadi jangan lepaskan peluang untuk singgah. aku sarankan korang pergi Mirror Lake ni time balik sebab takde rushing sangat. Kalau time pergi kan berkejar-kejar nak naik cruise kan. So, rancang perjalanan korang supaya korang dapat explore satu New Zealand ni dan tak menyesal bila balik nanti. ^_^





Then kitorang terus bergerak balik ke Te Anau dan menginap di holiday park yang sama. Petang tu kitorang lepak kat Te Anau Lake sambil makan cekodok pisang jajan je.. Hahahha.. tak lama pun sebab sejuk. Lepas tu kemas-kemas beg sebab esoknya dah nak gerak ke Queenstown. ^_^









till then, tatababai


You may also like

No comments:

Thanks for your support