Roadtrip to New Zealand | Queenstown - Arrowtown

1 Comments
Assalammualaikum

Dari Queenstown ke Arrowtown ni dekat je. Arrowtown ni pekan dia comel je. Kat sini pun banyak spot kalau nak berphotoshoot. Pekan dia tenang je, macam pekan koboi.


Arrowtown is an historic gold mining town in the Otago region of the South Island of New Zealand. Arrowtown is located on the banks of the Arrow River approximately 7.5 km from State Highway 6. There is also road access directly to Queenstown via the Shotover Gorge and a third route via the picturesque Lake Hayes.

Kat sini ada pos office, muzium, ada juga banyak kedai. Kedai souvenir pun ada. Boleh bandingkan harga tapi Keknil lebih selesa shopping di DF Souvenir. Hihihih Since kat sini banyak port untuk photoshoot, jadi memang setiap tempat kitorang berhenti.. Hahahaha.. Kat sini rumah xde penghuni pun cantik. Kalau kat Malaysia dah jadi rumah hantu dah. Ehhh..








Kitorang lepak di Arrowtown dalam sejam lebih juga. Lepas tu kitorang ke Pak N Save, Queenstown. Haaa.. masuk Pak N Save ni memang heaven on earth la.. memborong coklat Whitakers kat sini memang sorang satu troli ye. Hahahaha Kat depan Pak N Save ni ada satu warehouse yang sangat besar, kat sini pun murah kalau nak beli baju bajan dan barangan lain. Tapi kitorang tak masuk pun, purse dah nipissss... Hahahha

Kalau ikutkan, kitorang ada plan nak ke Glenorchy tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kitorang skip Glenorchy. Pemandangan The Remarkables di Queentown pun tak cukup puas untuk dinikmati. Insya Allah nanti kalau ada rezeki, kita singgah ke Glenorchy lagi ye.

Kitorang stay kat Queenstown ni 4 hari 3 malam. So, kalau ikutkan memang puas la berjalan kat Queenstown ni. Tapi kalau dah namanya manusia, memang sokmo tak puas kan. Dulu stay Queenstown 2 hari pun tak puas. Kali ni stay 4 hari pun tak berapa puas. Ko nak stay kat Queenstown berapa lama Keknil oiiii??? Hahahahah Keknil ni kalau boleh nak menetap terus kat Queenstown. Hahahhaa.. tamak tak??? Fikir diri ni bukan orang kaya je.. kalau kaya dah lama beli rumah kat Queenstown.. Kikikiii

Done berangan.. Lepas balik dari Arrowtown, kitorang jalan lagi kat pesisir tasik Wakatipu dan makan Erik's Fish & Chip buat kali terakhirnya. Memang kat Queenstown keje nya menghabiskan duit makan dan shopping je la. Souvenir pun kita beli kat sini je sebab lepas tu kitorang terus balik dari Queenstown ke Auckland.



till then, tatababai


You may also like

1 comment:

  1. Nampak sedap seafood tu ha...berbaloi habiskan duit utk makan kan..

    ReplyDelete

Thanks for your support