Roadtrip to New Zealand | Queenstown - Auckland

Assalammualaikum

Time to go home. Serius rasa tak puas nak explore Queenstown tapi apakan daya. Masa sangat mencemburui kita. Route Queenstown - Auckland ni Kekni pilih sebab tak nak buang masa on the route balik ke Christchurch sebab kitorang ada agenda kat Auckland. Walaupun hakikatnya, rasa nak terjah je seluruh pelusuk bumi South New Zealand ni berulang-ulang kali.. tapi tu la.. tak cukup 2 minggu ni nak explore semua. Ehhh...


view to be missed





Flight kitorang ke Auckland pada belah petang. So, pagi tu kitorang siap-siap kemas beg dulu. Then pegi jalan kat Queenstown, then isi minyak penuh-penuh dulu sebab nak return kereta dalam keadaan penuh juga. Lepas tu, kitorang lepak kat Butterfli Lodge sambil menikmati pemandangan terakhir The Remarkable sebelum pulang. You'll be missed!

Kitorang siap-siap solat jamak kat lodge sebab confirm sampai Auckland malam nanti memang tak sempat la. Lepas selesai semua, kitorang pun masukkan beg semua dalam kereta dan tinggalkan Butterfli Lodge. Masa tulis ni pun dok terbayang-bayang suasana Butterfli Lodge tu, dengan gelak tawa, suka duka sepanjang stay kat sana.

Sebelum pulangkan kereta, kitorang drop Nadia dulu dengan beg-beg semua sebab nak pulang kereta kat Apex tu agak jauh juga. Dah la beg dah beranak pinak. Hahhaha.. Lepas tu kitorang cari Apex Car Rental, tak la jauh mana tapi kalau jalan kaki mau 10-15 minit jugak. Urusan pemulangan kereta sangatlah mudah. Dorang pun takde la cerewet mana pun. Kalau pulang kereta tak basuh kereta pun takpe tapi malu la weii.. ko dapat kereta bersih, tapi pulang kereta penuh lumpur. Hahahha..

Dari Apex Car Rental, dorang sediakan shuttle untuk ke airport. Kalau sorang-sorang pegi hantar kereta pun dorang akan hantar kau sesorang pegi airport naik van dia. Bagus dorang ni. Sampai je airport, terus cari check-in kiosk. Macam biasa, takde kaunter ye. Kena buat semua urusan check-in thru kiosk. Dan sangatlah mudah.

Yang tak mudahnya, luggage yang dibenarkan adalah 21kg untuk satu bag dan satu orang. Haaa... Ni yang kitorang tersilap baca. Kitorang ingatkan 21kg tu untuk seorang boleh buat 2-3 beg. Sekali rupanya 1 beg je ko! Mau tak berpeluh-peluh walaupun aircond kat dalam tu punyalah kuat. Dah la beg Keknil yang beranak paling banyak. Dari 2 beg beranak jadi 4 beg. Ko rasa macam mana nak bagi lepas tu? Hahahahha

Kat tepi kaunter timbang tu jugaklah kitorang punggah beg. Malaysia sangat kan. Korang jangan buat perangai macam kitorang ni. Sadis gile T___T banyak kali dok punggah-punggah beg tapi tak muat gak jadikan satu beg. Si Nad ni siap beli jajan berplastik-plastik last-last terpaksa cucuk plastik jajan tu dengan jarum sebab nak buang angin dalam plastik tu. Hahahaha..

Time to be creative! Keknil ni yang dari 4 beg tu berjaya mengurangkan jadi 2 beg je. Yang 3 beg tu Keknil kahwinkan dia terus mengandung kembar dua. Hahahhaa.. Tu pentingnya bawa plastic wrapper dan selotep. Selain dari dapat menjimatkan kos-kos tersembunyi, inilah antara fungsinya dikala kecemasan.



Dan syukur, lepas hampir sejam bertarung dengan beg-beg ni. Beg kitorang berjaya ditimbang dengan berat 21kg untuk 1 beg. Hahahhaa..

Tapii.. haaa.. ada tapinya. Beg Keknil tak lepas masuk dalam check-in baggage yang biasa tu. Kena hantar kat Oversize Drop Baggage. Masa ni berdebar-debar dia lain maciam sebab kat situ dorang terus scan depan kita. Dan kita kena tunggu samada beg kita tu lepas ke tak.Masa Keknil hantar beg tu, dorang pelik je tengok beg tu. Pastu tanya, apa ni? Hahahaha... tak nampak macam beg ke? Hahahahhaa... Keknil pun jawab, 'This is 3 bag combined into 1 beg using plastic wrapper' Hahahha.. staff kat situ gelak je. Pastu dia suruh angkat letak atas conveyer dan beg tu perlahan-lahan melalui mesin scanner. Bila pegawai kat mesin scanner tu angkat jari tunjuk tanda good. Fuhh.. rasa nak melompat bintang sebab tu tandanya beg tu lepas. Hahhahaha




Lepas tu barulah Siput dan Nadia drop luggage dorang. Queenstown ni airport dia kecik je. Security memang a bit ketat tapi kalau kau takde buat salah, no worries. Jalan je macam biasa. Dan masa korang masuk dalam balai berlepas, dorang takde check ko ada boarding pas ke tak. Haa.. dia punye trust tu sangatlah tinggi. Cuma masa nak naik kapal tu of course la dia check kan.








Memang sedih sangat tinggalkan bumi South New Zealand ni lebih-lebih lagi Queenstown. Serius tak nak balik. Tapi dalam hati ni nekad la juga, I'll be back! Bila tu? Haaa.. tunggu bila tabung ayam dah penuh nanti. Hahhaha

Sepanjang dalam flight tu, memang kitorang disajikan dengan pemandangan gunung ganang yang sangat cantik. Haaa.. korang ada tengok filem Mission Impossible : Fallout kan. Ada scene yang helikopter tu. Haa.. tu dorang buat penggambaran kat New Zealand. Pemandangan dia menyelusuri gunung ganang tu, sebiji macam pemandangan Keknil tengok dari atas kapal terbang.










Uwaaaaaaa... rinduuuuuuu !

till then, tatababai
Roadtrip to New Zealand | Queenstown - Auckland Roadtrip to New Zealand | Queenstown - Auckland Reviewed by Anil on 8:00:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. Dah balik dah ye....kalau pi trip korang ni kena simpan cuti banyak la kan..satu trip 2 minggu..huiiii....

    ReplyDelete

Thanks for your support

Powered by Blogger.