Roadtrip to New Zealand | Te Anau - Milford Sound

2 Comments
Assalammualaikum

Seawal jam 4 pagi kitorang dah bangun dan bersiap ye. Gigih sangat bangun pukul 4 pagi, mandi sejuk-sejuk tu sebab nak melawo pegi Milford Sound. Hahahhaa..



Pagi tu takde hujan dah, tapi berangin sikit la. Disebalik kerisauan sebab takut jalan ke Milford Sound tutup, mujur tak terbakar bilik kitorang malam tu sebab aku punye powerbank terbakar rupanya. Memula tak perasan, sekali tengok macam ada bau hangit dan rupanya powerbank tu dah tamat riwayatnya. Kerusi yang aku guna letak powerbank untuk charge tu pun ada kesan terbakar sikit. Fuhh.. nasib la tak jadi pape..


So pagi tu lepas kemas-kemas beg dan masukkan dalam kereta. Kami pun pulangkan kunci. Actually, kitorang duduk kat tempat sama 2 malam cuma di bilik yang berbeza. So kena check out dulu la dari check in semula di bilik lain. Dah namanya last minit punye plan, harga bilik makin mahal, so kita duduk bilik memurah dulu, baru duduk bilik memahal plak.. Ahh gituu... Hhahaha

Okey berbalik kepada cerita Milford Sound tadi.. seawal jam 5.00 pagi kami dah bertolak dari Te Anau ke Milford Sound. Jalan dia jangan cakap la.. Gelap je.. macam dalam cerita Twilight nun.. Haaa.. Pastu cuma kereta ko sesorang je ada kat situ. Dalam kereta kami memang bersembang sebab takmo bagi mengantuk. aku drive tu memang slow je la.. tak berani kot nak drive laju, bukan jalan biasa aku lalu. Tengah drive tetiba arnab melintas, pastu tak macam-macam haiwan melintas. Adui la.. terkejut tauuu.. sebab nampak mata dia bersinar kan.. Nasib tak bawa laju. Tu belum lagi jumpa mayat terbaring tengah jalan. Bukan mayat orang, tapi mayat haiwan yang terkorban kena langgar. Haa.. tapi bukan kitorang la yang langgar tau.  Lepas tu, keadaan jalan pagi tu agak messy sebab malam tadi kan hujan. So, banyak ranting-ranting pokok tersepah atas jalan.

Tengah berborak, tetiba aku cakap, "Eh.. jalan kat sini macam jalan dalam cerita Twilight" pastu si Nad ni kata, "Haah.. sebab pokok-pokok dia sepanjang jalan tu tinggi merimbun dan kiri kanan hutan" pastu si Siput ni tanya, "cite Twilight ni cite apa?" aku pun jawab la, "Ala.. cite vampire yang hensem tu.." pastu terus krik krik kejap.. then Siput sambung cakap, "time kat sini la ko nak cerita pasal vampire, dah la gelap" Hahahaha.. tergelak besar juga la kitorang... tapi dalam gelak-gelak tu, tetiba rasa macam nak check semua tingkap dah tutup ke.. pintu dah kunci ke.. Hahahhaaa

Pastu bila dah hampir dekat dengan Homer Tunnel, tetiba si Nad ni pandang atas, pastu dia tanya soalan, "Ehhh.. apa menda yang putih-putih tu" Ahhhh sudahhh.. Apa benda pulak si Nad ni nampak. Masa ni macam dah terang sikit. aku pun jawab, "takpe.. jangan tengok lelama.. nanti balik baru kita tengok balik apa menda yang putih-putih tu" Pastu dah semua tergelak. Adui laaa... makin lama makin nampak macam-macam ni.. Hahhahaa

Sampai kat Homer Tunnel, masa ni dah nampak banyak kereta lalu dah. So berani la sikit. First time juga drive melalui Homer Tunnel ni.. mujur dah biasa bawa kereta kat area rumah yang jalan dia macam ular kena palu tu. So, bolehlah praktikkan sikit skill yang ada. Dia punye turn bukan sikit-sikit.. kuar tunnel je terus 25 degree dia punye turn. Haaa.. sape berani nak bawa lelaju tu, silakanlah. Huhuhu..

Bersambung......

till then, tatababai


You may also like

2 comments:

  1. Ala kak.. Buat suspen je. Apa venda yang putih putih itu??

    ReplyDelete
  2. Haah la apa benda yang putih2 tu..nak la tau...

    ReplyDelete

Thanks for your support