Iftar dan Menang di House of Smoke 'N' Grill Grand BlueWave Hotel Shah Alam

1 Comments
Assalammualaikum

Sempena kedatangan Bulan Suci Ramadhan yang penuh barakah tahun ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menampilkan tema “House of Smoke & Grill” yang menawarkan lebih dari 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat sebanyak 16 jenis gerai pelbagai pilihan.



Buffet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan aneka pilihan masakan utama yang berasaskan pilihan tempatan dan menu ini akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grill Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi hidangan yang sedap dan enak. Tetamu yang bercitarasa tempatan boleh mencuba pelbagai jenis sambal dan pencicah seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam dan 4 jenis Raita selain Jeruk Buah-buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama kuah kacang dan Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botok, Jantung Pisang dan Som Tam. Aku tulis macam ni je dah buat terliur ๐Ÿ˜‹






Selain dari itu, bagi peminat masakan Barat, hidangan seperti Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik serta pelbagai pilihan sos dan Seafood On Ice turut dihidangkan. Fuh.. menarik sangat ni.. Adoi… 2 kali telan ailio…๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹


Barisan 16 gerai pelbagai pilihan menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti antaranya “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.๐Ÿ˜ฎ




Tarikan utama pada Buffet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke and Grill” yang juga merupakan konsep utama bufet Ramadan kali ini. Di gerai ini, tetamu berpeluang mencuba masakan istimewa iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.





  
Terdapat juga pelbagai gerai akan dipasang di lobi yang turut menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi.






Selepas satu hari menahan lapar dan dahaga, mestilah air yang akan dicari terlebih dahulu kan. Jadi di sini terdapat pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk antaranya Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa. Aku personally suka Blue Lime Soda malah untuk minuman ni, aku sanggup queue untuk ambil banyak kali sebab memang nyaman.

Tak lengkap berbuka puasa tanpa pencuci mulut dan seperti tahun sebelumnya, aku memang suka pemanis mulut kat sini memang sanggup je ulang alik ambil banyak kali iaitu Crรจme Brule. Tapi selain dari tu, Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl turut dihidangkan dan korang patut cuba. ๐Ÿ˜‹




Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00 bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.  ๐Ÿ˜

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) jika korang berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas. ๐Ÿ˜Š

Sebagai tanda penghargaan, GBWHSA turut melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, dimana korang akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, kalau korang beli 15 baucar Bufet Ramadan, korang layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam. Menarik kan?


GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA.  ๐Ÿ˜ฑ

Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet, korang akan dapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila korang berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. 

Hadiah yang dinanti-nantikan adalah Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, manakala tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00. Sementara itu, tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 dan hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, korang juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan korang boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam di Surau. 


Harga   RM 148.00+ Dewasa
  RM 70.00+ Warga Emas & Kanak-Kanak
  Sabtu, Ahad & Cuti Umum 
  RM150.00+ 1 Dewasa/1 Kanak-Kanak

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi :

No Telefon : 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 
Email dosm@bluewavehotels.com 
WhatsApp +60192736801 atau +60192757801







till then


You may also like

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis Anil Wanina, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

Thanks for your support