Teka Perisa Pringles dan Menang RM20,000 !

1 Comments
Assalammualaikum

Siapa yang tak sukakan kejutan! Aku juga sukakan kejutan, tapi bukan jenis kejutan yang aneh² la.. Terbayang pulak dengan snek kegemaran ramai iaitu Pringles yang bukan sahaja sedap di nikmati secara seorang diri, tetapi juga lebih enak jika dapat dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Rasanya yang agak masam, pedas malah setiap kepingan kerepek Pringles yang rangup dan tidak berminyak di jari mahupun mulut.



Pada masa kini, terdapat lapan perisa termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, Keju Cheesy, Hot & Spicy dan banyak lagi. 

Dan buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan kepada peminat snek dengan perisa misteri yang baharu ! Suprise tak? Hanya didapati pada masa yang terhad mulai 1 Mac, perisa misteri Pringles di datangkan dalam tin putih malah korang boleh main teka teki sebelum menyuap kepingan Pringles ke dalam mulut ! 





Perisa misteri ini boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2020. Menariknya, seorang pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 sekiranya mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan tepat !

Cara untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"

1. Beli mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian korang!)
2. Log masuk ke laman web Pringles malysia (www.pringles.com)
3. Teka perisa misteri & tuliskan tentang misteri kegemaran korang tidak lebih dari 25 perkataan
4. Sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan dalam cabaran Perisa Misteri, Pringles Malysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halamna Facebook. Ada keseluruhan empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan petunjuk ini bagi membantu korang 'menyelesaikan' misteri perisa yang betul!

Jom dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai Cabaran "Meneka Perisa Misteri" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM20,000!

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook : @Pringles Malysia




till then


You may also like

1 comment:

Thanks for your support