Manfaat Niacinamide dan Kesan Sampingan Pada Wajah

0 Comments
Assalammualaikum
Sebelum membeli produk kecantikan, kebiasaannya korang akan membaca dulu kandungan bahan dalam produk tersebut, kan ! Dengan itu, barulah kita tau samada produk itu sesuai untuk keperluan kulit wajah kita atau pun tidak. Salah satu kandungan yang paling banyak di cari terutamanya remaja adalah niacinamide atau niasin. Tapi, tahukah kita apa manfaat dan kesan sampingan kandungan ini pada wajah?




Apa itu niacinamide?
Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting.

Kekurangan B3 boleh menyebabkan gangguan pada kondisi kulit, ginjal, dan otak. Pengambilan niacinamide juga dapat membantu mencegah kekurangan B3.

Terdapat banyak lagi manfaat niacinamide yang lain, terutamanya terhadap kesihatan kulit secara umum.

Walaupun perkara ini memerlukan lebih banyak penyelidikan, namun manfaat niacinamide dikatakan membantu dalam merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan alergi.

Manfaat-manfaat niacinamide

Secara keseluruhannya, niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan kondisi kulit.

Antara kebaikan niacinamide termasuk:

  • Memelihara imuniti kulit. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
  • Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
  • Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori
  • Mengawal minyak. Niacinamide juga dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran yang berlebihan
  • Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
  • Merawat hiperpigmentasi. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap. Manfaat ini dapat dilihat selepas 4 minggu, tetapi tidak melebihi 2 bulan.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Penyelidikan juga mendapati bahawa ia sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan
  • Melindungi daripada radikal bebas. Niacinamide membantu membina sel kulit sambil melindungi dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran, radikal bebas dan racun
  • Merawat jerawat. Niacinamide bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan seperti papula dan pustula
Diet pemakanan yang seimbang adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan nutrien mikro seperti vitamin B3.

Mengenai kesihatan penjagaan kulit secara umum, anda mungkin dapat memperoleh beberapa faedah niacinamide daripada makanan yang anda ambil.

Nutrien vitamin B3 boleh terdapat dalam makanan berikut:

  • Telur
  • Bijirin
  • Sayuran hijau
  • Kacang
  • Ikan
  • Susu
Walau bagaimanapun, tidak ada cara bagi menjamin bahawa nutrien dalam makanan anda memberikan impak positif terhadap kesihatan kulit secara keseluruhan.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan bahawa niacinamide dapat mensasarkan masalah kulit anda adalah dengan menggunakannya secara topikal iaitu krim atau serum.

Risiko dan Kesan Sampingan

Niacinamide topikal secara umumnya dianggap lebih selamat untuk digunakan. Orang yang mempunyai alahan mungkin lebih cenderung untuk mengalami reaksi alergi.

Ini kerana niacinamide boleh menyebabkan tubuh anda melepaskan zat kimia dikenali sebagai histamin.

Anda boleh mengelakkan daripada mendapat alergi dengan melakukan patch test seperti berikut:

  • Sapukan sejumlah kecil produk pada lengan bawah anda
  • Tunggu selama 24 jam
  • Sekiranya anda mula mengalami kemerahan, gatal, atau bengkak, basuh kawasan tersebut dan hentikan penggunaannya
  • Sekiranya anda tidak mengalami kesan sampingan, itu bermaksud ia selamat digunakan di tempat lain
Kulit Lebih Halus, Anjal dan Terhidrat

Seperti produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan dapat melihat hasil yang signifikan selama beberapa minggu pertama.

Anda mungkin akan dapat lihat banyak perubahan pada kulit selepas 8 minggu di mana kulit jadi lebih halus, anjal, dan terhidrat.

Sekiranya anda tidak melihat sebarang perubahan dalam masa beberapa bulan, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapat khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.

till then


You may also like

No comments:

Thanks for your support