Assalammualaikum 

Selulit ataupun stretch mark merupakan sesuatu yang biasa berlaku kepada lelaki dan juga perempuan.

Walaupun perkara ini tidak selalu diperkatakan di khalayak umum, sebenarnya ramai individu yang mempunyai stretch mark.

Stretch mark bukanlah sesuatu yang memalukan. Jika anda mempunyai tanda ini pada punggung, peha ataupun payudara anda, percayalah anda bukannya berseorangan.

Walaupun ramai yang anggap penyebab utama selulit ialah kesan sampingan daripada melahirkan anak, anda harus betulkan tanggapan tersebut.

Selulit juga boleh terjadi kepada anak dara yang baru lepas mengalami akil baligh.

Masalah ini bukan terhad kepada wanita, tetapi berlaku kepada lelaki juga. Oleh itu, jangan anggap kaum adam tidak ada masalah selulit ya!

Selain itu, penyebab lain selulit termasuklah penurunan atau peningkatan berat badan secara mendadak. Ahli bina badan juga berisiko untuk alami selulit.

Pada awalnya, selulit akan berwarna ungu kemerah merahan. Tetapi, lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi warna putih ataupun menjadi pudar.



Macam² cara digunakan untuk menghilangkan selulit. Ada yang sanggup berhabis duit untuk membeli minyak pati yang dikatakan berkesan.

Namun, sejauh mana keberkesanan produk yang mengandungi essential oil ini?

Disebabkan stretch mark sukar untuk dihilangkan, ramai yang mula mencuba pelbagai jenis krim, minyak dan juga rawatan di klinik kulit dengan harapan dapat mengurangkan kesan selulit pada badan.

Tapi, adakah penggunaan essential oil ataupun minyak pati berkesan untuk menghilangkan selulit?

Jawapannya ialah – mungkin.

Boleh jika anda masih ingin menggunakan essential oil dan sapu pada bahagian kulit anda yang berselulit.  Namun, ia mungkin tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap badan anda.

Namun, anda boleh amalkan krim dan juga essential oil untuk melembapkan kulit anda. Selulit dapat dielakkan jika anda sering melembapkan kulit SEBELUM anda mengalami stretch mark.

Namun, kenyataan di atas juga mungkin bukan 100% benar bagi semua orang.

Penyebab utama selulit ialah masalah genetik. Oleh itu, jika ibu atau bapa anda mempunyai selulit, kemungkinan besar anda akan turut alami benda yang sama.

Sebagai alternatif, anda boleh cuba bersenam dan makan secara sihat. Walaupun kedua-dua cara ini juga tidak dapat menghilangkan selulit, ia dapat mengurangkan kesan parut pada badan anda.

Sebagai contoh, senaman boleh buatkan kulit anda lebih tegang dan otot terbentuk dengan lebih cantik. Ia akan buatkan selulit anda jadi kurang ketara dan sedikit pudar.

Jika anda masih mahukan rawatan untuk selulit, anda boleh berjumpa dengan doktor kulit berdekatan anda untuk dapatkan nasihat yang lebih lanjut.

till then
Assalammualaikum
Sebelum membeli produk kecantikan, kebiasaannya korang akan membaca dulu kandungan bahan dalam produk tersebut, kan ! Dengan itu, barulah kita tau samada produk itu sesuai untuk keperluan kulit wajah kita atau pun tidak. Salah satu kandungan yang paling banyak di cari terutamanya remaja adalah niacinamide atau niasin. Tapi, tahukah kita apa manfaat dan kesan sampingan kandungan ini pada wajah?




Apa itu niacinamide?
Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah satu bentuk vitamin B3 yang merupakan nutrien penting.

Kekurangan B3 boleh menyebabkan gangguan pada kondisi kulit, ginjal, dan otak. Pengambilan niacinamide juga dapat membantu mencegah kekurangan B3.

Terdapat banyak lagi manfaat niacinamide yang lain, terutamanya terhadap kesihatan kulit secara umum.

Walaupun perkara ini memerlukan lebih banyak penyelidikan, namun manfaat niacinamide dikatakan membantu dalam merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan alergi.

Manfaat-manfaat niacinamide

Secara keseluruhannya, niacinamide dapat membantu membina protein kulit dan mengunci kelembapan bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan kondisi kulit.

Antara kebaikan niacinamide termasuk:

  • Memelihara imuniti kulit. Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda tegang dan sihat
  • Mengurangkan kemerahan dan kegatalan. Niacinamide mengurangkan keradangan, yang dapat membantu meredakan kemerahan daripada reaksi alergi, jerawat, dan masalah keradangan kulit lain
  • Meminimumkan penampilan liang pori. Ia dapat membantu menyamarkan penampilan liang pori
  • Mengawal minyak. Niacinamide juga dapat membantu mengawal jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah daripada pengeluaran yang berlebihan
  • Lindungi daripada kerosakan cahaya matahari. Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
  • Merawat hiperpigmentasi. Beberapa kajian mendapati niacinamide dapat membantu dalam memudarkan bintik-bintik gelap. Manfaat ini dapat dilihat selepas 4 minggu, tetapi tidak melebihi 2 bulan.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Penyelidikan juga mendapati bahawa ia sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan
  • Melindungi daripada radikal bebas. Niacinamide membantu membina sel kulit sambil melindungi dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran, radikal bebas dan racun
  • Merawat jerawat. Niacinamide bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan seperti papula dan pustula
Diet pemakanan yang seimbang adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan nutrien mikro seperti vitamin B3.

Mengenai kesihatan penjagaan kulit secara umum, anda mungkin dapat memperoleh beberapa faedah niacinamide daripada makanan yang anda ambil.

Nutrien vitamin B3 boleh terdapat dalam makanan berikut:

  • Telur
  • Bijirin
  • Sayuran hijau
  • Kacang
  • Ikan
  • Susu
Walau bagaimanapun, tidak ada cara bagi menjamin bahawa nutrien dalam makanan anda memberikan impak positif terhadap kesihatan kulit secara keseluruhan.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk memastikan bahawa niacinamide dapat mensasarkan masalah kulit anda adalah dengan menggunakannya secara topikal iaitu krim atau serum.

Risiko dan Kesan Sampingan

Niacinamide topikal secara umumnya dianggap lebih selamat untuk digunakan. Orang yang mempunyai alahan mungkin lebih cenderung untuk mengalami reaksi alergi.

Ini kerana niacinamide boleh menyebabkan tubuh anda melepaskan zat kimia dikenali sebagai histamin.

Anda boleh mengelakkan daripada mendapat alergi dengan melakukan patch test seperti berikut:

  • Sapukan sejumlah kecil produk pada lengan bawah anda
  • Tunggu selama 24 jam
  • Sekiranya anda mula mengalami kemerahan, gatal, atau bengkak, basuh kawasan tersebut dan hentikan penggunaannya
  • Sekiranya anda tidak mengalami kesan sampingan, itu bermaksud ia selamat digunakan di tempat lain
Kulit Lebih Halus, Anjal dan Terhidrat

Seperti produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan dapat melihat hasil yang signifikan selama beberapa minggu pertama.

Anda mungkin akan dapat lihat banyak perubahan pada kulit selepas 8 minggu di mana kulit jadi lebih halus, anjal, dan terhidrat.

Sekiranya anda tidak melihat sebarang perubahan dalam masa beberapa bulan, mungkin sudah tiba masanya untuk mendapat khidmat nasihat daripada pakar dermatologi.

till then
Assalammualaikum

Bersempena dengan sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia pada 20 Mac 2020 yang lepas, NESTLÉ LACTOGROW® ingin menggalakkan ibu bapa di seluruh negara untuk membesarkan si manja mereka dengan sihat dan ceria menerusi kempen ‘Grow Happy’.

Hari Kebahagiaan Sedunia adalah satu sambutan penting kerana pada hari berkenaan, Indeks Kebahagiaan Dunia turut dikeluarkan setiap tahun di mana ia memberikan gambaran keseluruhan tentang tahap kebahagiaan sedunia. Tahun lepas, Malaysia jatuh 1 dari kedudukan 35 kepada 80 dari segi tahap kebahagiaan. Oleh itu, NESTLÉ LACTOGROW® mengambil kesempatan ini untuk menanamkan pemikiran yang lebih positif di kalangan rakyat Malaysia dan menekankan kepentingan untuk membesar dengan ceria – sesuatu yang patut ditekankan dari zaman kanak-kanak lagi. 


Menerusi kempen ‘Grow Happy’, NESTLÉ LACTOGROW® ingin menyebarkan keceriaan dan kegembiraan sejak usia muda dan mendorong ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka dengan ceria. Kempen ini bermula dengan pertandingan media sosial bagi menggalakan ibu bapa untuk menghantar foto dan berkongsi detik-detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja ataupun kenangan dari zaman kanak-kanak mereka tersendiri. Ini merupakan inisiatif NESTLÉ LACTOGROW® bagi mengingatkan semua bahawadetik-detik manis sebegini mampu membawakan keceriaan tanpa mengira usia, masa dan persekitaran.

Gambar-gambar yang dihantar untuk pertandingan media sosial ini juga akan dikumpulkan oleh NESTLÉ LACTOGROW® bagi membentuk sebuah kolaj foto berbentuk senyuman. Kolaj ini akan dipamerkan pada Karnival Grow Happy yang akan datang, dalam usaha memecah rekod Malaysia Book of Records, untuk ‘Kolaj Potret Senyuman Paling Besar’.


Peraduan media sosial ‘Grow Happy’ akan diadakan di laman acara Facebook Nestlé Start Well 2gether ( https://www.facebook.com/events/530573900904412/ ) dan akan berlangsung dari 6 Mac hingga 24 April ini. Bagi berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, peserta hanya perlu memuat naik detik ‘Grow Happy’ mereka bersama si manja mahupun dari zaman kanak-kanak mereka ke laman acara Facebook tersebut. 

Dalam ruangan kapsyen, mereka diminta untuk berkongsi definisi ‘Grow Happy’ mereka, bermula dengan “Detik-detik keceriaan saya ialah…” dan diikuti dengan tanda pagar #LactogrowMY dan #GrowHappy. Hanya penghantaran gambar dengan si manja berusia satu tahun ke atas saja yang layak untuk menyertai pertandingan.

Pemenang tempat pertama dan kedua masing-masing akan memenangi wang tunai bernilai RM2,888 danRM1,888, sementara lima pemenang sagu hati akan membawa pulang wang tunai RM500. Terdapat juga pemenang mingguan yang bakal menerima bekas minuman NESTLÉ LACTOGROW® yang eksklusif.

till then
Assalammualaikum

Siapa yang tak sukakan kejutan! Aku juga sukakan kejutan, tapi bukan jenis kejutan yang aneh² la.. Terbayang pulak dengan snek kegemaran ramai iaitu Pringles yang bukan sahaja sedap di nikmati secara seorang diri, tetapi juga lebih enak jika dapat dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Rasanya yang agak masam, pedas malah setiap kepingan kerepek Pringles yang rangup dan tidak berminyak di jari mahupun mulut.



Pada masa kini, terdapat lapan perisa termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, Keju Cheesy, Hot & Spicy dan banyak lagi. 

Dan buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan kepada peminat snek dengan perisa misteri yang baharu ! Suprise tak? Hanya didapati pada masa yang terhad mulai 1 Mac, perisa misteri Pringles di datangkan dalam tin putih malah korang boleh main teka teki sebelum menyuap kepingan Pringles ke dalam mulut ! 





Perisa misteri ini boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara bermula dari 1 Mac sehingga 30 April 2020. Menariknya, seorang pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 sekiranya mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan tepat !

Cara untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"

1. Beli mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian korang!)
2. Log masuk ke laman web Pringles malysia (www.pringles.com)
3. Teka perisa misteri & tuliskan tentang misteri kegemaran korang tidak lebih dari 25 perkataan
4. Sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan dalam cabaran Perisa Misteri, Pringles Malysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halamna Facebook. Ada keseluruhan empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan petunjuk ini bagi membantu korang 'menyelesaikan' misteri perisa yang betul!

Jom dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai Cabaran "Meneka Perisa Misteri" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM20,000!

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook : @Pringles Malysia




till then
Assalammualaikum

Sempena kedatangan Bulan Suci Ramadhan yang penuh barakah tahun ini, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) menampilkan tema “House of Smoke & Grill” yang menawarkan lebih dari 100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat sebanyak 16 jenis gerai pelbagai pilihan.



Buffet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan aneka pilihan masakan utama yang berasaskan pilihan tempatan dan menu ini akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grill Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi hidangan yang sedap dan enak. Tetamu yang bercitarasa tempatan boleh mencuba pelbagai jenis sambal dan pencicah seperti Sambal Belacan, Cencalok, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam dan 4 jenis Raita selain Jeruk Buah-buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama kuah kacang dan Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botok, Jantung Pisang dan Som Tam. Aku tulis macam ni je dah buat terliur 😋






Selain dari itu, bagi peminat masakan Barat, hidangan seperti Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik serta pelbagai pilihan sos dan Seafood On Ice turut dihidangkan. Fuh.. menarik sangat ni.. Adoi… 2 kali telan ailio…😋😋


Barisan 16 gerai pelbagai pilihan menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti antaranya “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.😮




Tarikan utama pada Buffet Ramadan kali ini ialah gerai “House of Smoke and Grill” yang juga merupakan konsep utama bufet Ramadan kali ini. Di gerai ini, tetamu berpeluang mencuba masakan istimewa iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.





  
Terdapat juga pelbagai gerai akan dipasang di lobi yang turut menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi.






Selepas satu hari menahan lapar dan dahaga, mestilah air yang akan dicari terlebih dahulu kan. Jadi di sini terdapat pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk antaranya Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa. Aku personally suka Blue Lime Soda malah untuk minuman ni, aku sanggup queue untuk ambil banyak kali sebab memang nyaman.

Tak lengkap berbuka puasa tanpa pencuci mulut dan seperti tahun sebelumnya, aku memang suka pemanis mulut kat sini memang sanggup je ulang alik ambil banyak kali iaitu Crème Brule. Tapi selain dari tu, Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl turut dihidangkan dan korang patut cuba. 😋




Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” dibuka setiap hari bermula jam 7.00pm hingga 10.00pm dari 24 April 2020 sehingga 23 Mei 2020. Harga bagi bufet Ramadan ini ialah RM148.00 bersih setiap orang bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi setiap kanak-kanak dan warga emas. Sementara itu, harga RM150.00 bersih ditawarkan bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.  😍

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) jika korang berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas. 😊

Sebagai tanda penghargaan, GBWHSA turut melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, dimana korang akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, kalau korang beli 15 baucar Bufet Ramadan, korang layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam. Menarik kan?


GBWHSA juga memenuhi keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Bagi mengadakan majlis berbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus untuk syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA.  😱

Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet, korang akan dapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila korang berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. 

Hadiah yang dinanti-nantikan adalah Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama, Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua, manakala tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00. Sementara itu, tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 dan hadiah tempat kelima ialah baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, korang juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan korang boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam di Surau. 


Harga   RM 148.00+ Dewasa
  RM 70.00+ Warga Emas & Kanak-Kanak
  Sabtu, Ahad & Cuti Umum 
  RM150.00+ 1 Dewasa/1 Kanak-Kanak

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi :

No Telefon : 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 
Email dosm@bluewavehotels.com 
WhatsApp +60192736801 atau +60192757801







till then
Assalammualaikum

Nowadays, it is difficult to find healthy snacks and nutritious foods that are good for children. Most snacks have a high sugar and fat content. However, there are a number of delicious and delicious snack options that are sure to be your child's favourite yogurt.



Farmers Union's yogurt range for kids made from Australian milk, live cultures and contains calcium for teeth and bone growth. It is great for helping the kids to grow up.

According to Farmers Union nutritionist Rachael Adams "It's important for kids to get the calcium they need for their growing body".

I personally agree with this statement that even as an adult the calcium in the body is also needed to maintain bone health. So I really like to have this yogurt breakfast every morning at breakfast.

The Malaysian Dietary Guidelines also suggest that children and adolescents should take 2-3 servings of milk or milk products daily. So this product is ideal for taking at least 1 day a day to help promote healthy children's development.

The Farmers Union yogurt series features 4 Australian pets - kangaroo, cockatoo, platypus and koala each with a natural range of flavors: strawberries, mangoes, honey and vanilla.



Each yogurt contains no more than 100 calories per 100g of food. So it is also ideal for simple meals for parents who are on a healthy diet.





You should try all these flavors because they are delicious and nutritious.




In addition, children can see live animals before their eyes using the Augmented Reality (AR) app through a compatible mobile device. It's simple, just download the App from the AppStore or PlayStore to interact and talk with kangaroo, cockatoo, platypus and koala. It's also a great way to experience exciting and innovative technologies.



So children can not only enjoy nutritious and delicious food, but also enjoy fun activities.

This Farmers Union yogurt chain is available at all major Malaysian supermarkets such as AEON, Jaya Grocer Village, Ben Free Grocer (BIG), Giant and TESCO.

For more information please visit,

till then

Assalammualaikum


Main kayu tiga tak nikmat ye kekawan. Sebab yang lebih nikmat adalah setia pada yang satu iaitu Yang Maha Pencipta, kerana dari dialah kita datang dan kepada dia kita kembali. 😊 Ye nggak.. ye nggak... 
Assalammualaikum

Aku dan Korea memang tak dapat dipisahkan. Kalau boleh setiap tahun nak balik kampung. 😝 Kalau orang tanya apa yang best kat Korea.. of course aku akan cakap, aku suka makanannya, aku suka orangnya, aku suka tempat shoppingnya, aku suka nature dan tempatnya. Lain orang lain pendapat, ada yang setakat pegi sekali dah la.. Takmo pegi lagi dah. Tapi aku suka je.. End up, aku nak pegi setahun 12 kali ke, nak migrate ke.. sukati aku la kan.. aku tak pakai cuti kau, aku tak pakai duit kau.. 😂 sebab ramai nau yang suka bash aku bila aku kata nak pegi Korea ni. Aku pun tak faham apa masalahnya kalau aku pegi 😅

kau mampooo.. pakai selipar sejuk² ni 😂😂



Assalammualaikum

Lebih kurang jam 8 malam kitorang sampai di Auckland. Syukur, flight pun smooth je takde masalah. Perkara yang mendebarkan bila Keknil sampai Auckland ni adalah, beg yang Keknil drop off tadi tu macam mana? Okey ke tidak? Sebab dah risau beg tu terberanak semasa dalam flight. Hahhaha.


Tapi bila sampai je beg conveyer. Nampak beg tu lalu. Fuhhh.. syukurrr... masih selamat belum due dia nak beranak lagi. Hahahhaa



Selesai urusan amik luggage, kitorang pun pegi cari public phone untuk call motel sebab dorang ada sedikan free airport transfer. Alhamdulillah... segala urusan sangat mudah. sampai motel, kitorang rest dan unpack mana² yang patut.

Esok pagi baru kitorang akan ke rental car untuk sewa kereta dan terus menuju ke Hobbiton Movie Set. Hobbiton Movie Set ni memang aku dah beli sebelum pegi sana lagi. So, mudah la sikit. Kat sana terus redeem sahaja.








Perjalanan dari Auckland ke Hobbiton mengambil kira-kira 2 jam. Kali ni memang kitorang tak berhenti sangat sebab seboleh-bolehnya kitorang tak nak lambat. Dan mana tau ada luck, kitorang dapat ubah masa lawatan ke masa yang lebih awal.













Dan alhamdulillah.. Kitorang dapat tukar ke masa yang lebih awal. Bagi peminat Lord of The Ring dan The Hobbit, memang berbaloi-baloi dapat masuk sini dan experience sendiri suasana perkampungan Hobbit. Aku sendiri rasa macam lahai.. so cute.. suasana set tu seolah-olah seperti perkampungan sebenar di mana.

































Pada aku, memang tenang, aman damai.. Dan kalau memang betul wujud perkampungan yang serupa ini, memang aku suka je nak jadi penghuni tetap kat situ. :D
































Since hari ni adalah memang khusus untuk ke Hobbiton sahaja, jadi kitorang memang bersantai-santai sahaja. Takde rush tempat lain. Bukan apa, bila itinerary terlalu padat hanya sekadar ingin pergi ke tempat² menarik yang lain, jadi hilang feel. Setakat touch n go je. Aku pulak bukan jenis macam tu. At least, dapatlah nak menikmati suasana dan feel the nature kan.

Sempat juga kitorang singgah kat kedai Halal kat Auckland. Memang boleh dapat stok makanan Halal kat sini tanpa was-was.








Esoknya pula, kitorang bersantai-santai ke town Auckland pulak. Sempat singgah di Mount Eden untuk melihat pemandangan bandar Auckland dari udara. Memang cantik.











Tidak dilupa untuk singgah di Pak N Save untuk last minute shopping. Kat sini la kami borong segala mak nenek coklat, even aku sempat la juga beli syampu 😂 (macam takde kat Malaysia je kan) ~ tapi memang yang aku beli ni takde kat Malaysia. Haruslah aku borong sedozen. Hahahah



Asalnya kitorang nak beli buah epal sebab buah epal dia manis gila dan murah kot. Tapi sebab ada jumpa sorang staff Malaysia yang keje kat Pak N Save tu, dia kata tak boleh. So dengan sedihnya kitorang pulangkan balik buah yang kitorang dah bungkus. 

Malam tu kitorang siapkan packing. Tapi macam biasa la.. Sejenis pack unpack, pack unpack kan. Selagi belum naik kapal, selagi tu pack unpack. 😁



Beg beranak pinak tak yah cakap la.. Siap bercucu cicit. 😂 So, that's the end of our trip. Alhamdulillah. berjaya juga aku abiskan entry New Zealand ni 😅




till then, tatababai